Barisan Nasional (BN) dan UMNO sedia berhadapan dengan mana-mana parti baharu atau pakatan pembangkang kerana yakin ia semakin kukuh dan masih mendapat sokongan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah meminta parti-parti komponen BN merapatkan barisan dan menghadapi apa juga cabaran, sama ada daripada parti pembangkang sedia ada atau yang baharu.
"Kita mahu BN terus kukuh, menang dan jadi kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya ketika diminta mengulas pengumuman penubuhan parti baharu oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis.
Menurut Ahmad Zahid, kemenangan BN pada pilihan negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar menunjukkan BN terus meraih sokongan rakyat, namun ia tidak boleh terlalu yakin.
Katanya, walaupun BN tidak menafikan mereka (pembangkang) mempunyai pengaruh, ia akan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat perbandingan dan melihat prestasi pencapaian yang ditunjukkan BN selama ini.
"Sebagai negara demokrasi, kita tak boleh halang mana-mana kumpulan atau orang membuat parti baharu, mengambil alih atau menukar nama parti.
"Kita tahu PRU tinggal dua tahun sahaja maksimum, mereka rasakan paling baik cari pengaruh," tambah Ahmad Zahid.
Dr Mahathir mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU ke-14.
Pakatan pembangkang yang baharu itu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebagai anggotanya.
Mengulas lanjut penubuhan parti baharu itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden, berkata BN dan UMNO akan berjuang habis-habisan untuk memastikan ia terus menjadi kerajaan.
Apabila ditanya sama ada BN dan UMNO rasa tergugat dengan penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir, Ahmad Zahid berkata mereka akan menggunakan segala ilmu yang dicurahkan oleh bekas perdana menteri itu.
"Malahan orang yang mahu menubuhkan parti baharu berkenaan juga suatu masa menjadi pemimpin mengambil tindakan yg sama terhadap musuh-musuh politiknya, jadi atas ilmu politik yang diajar kepada kami, kami akan laksanakan.
"Dan jika orang itu berada di sebalik sana, kita akan lakukan sebagaimana yang beliau lakukan suatu ketika dulu kepada musuh politik beliau," katanya.
Bernama
Fri Jul 15 2016
AHMAD ZAHID: Kita mahu BN terus kukuh, menang dan jadi kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 nanti. -Gambar fail
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.