Tindakan Perdana Menteri Britain Theresa May meletakkan status di Facebook bagi mendapatkan pendapat umum tentang 12 tindakan politik yang diambil pentadbirannya untuk Brexit mendapat reaksi bercampur-baur.
Begitupun, ternyata masih ramai yang mempertikaikan langkah Brexit sebelum ini mengambil peluang itu untuk meluahkan pandangan dan melepaskan rasa marah, lapor portal Huffington Post.
Walaupun Parti Konservatif negara itu menggariskan beberapa kata kunci seperti ‘demi kepastian masa depan’, ‘kawalan terhadap undang-undang sendiri’ dan ‘Brexit yang lancar’, ia belum cukup untuk meredakan rasa tidak puas hati akibat keputusan referandum tersebut.
Seorang pengguna Facebook, Marian Angelov Nestorov, berkata semua yang dijanjikan adalah ‘palsu’.
“Saya ingat lagi, kempen Brexit menyatakan Britain bakal menjadi seperti Norway atau Switzerland. Namun, apa yang saya lihat kini hanyalah penipuan,” luahnya.
Sementara itu, Caroline Elizabeth Hodges dari Devon pula menzahirkan perasaan skeptikal tentang tujuan tinjauan pendapat itu dibuat.
“Ayuh kita jujur di sini, anda bukannya mahu tahu apa yang kami fikirkan. Tidak mungkin anda akan membaca komen di sini dan menukar perancangan, walau berapa ramai yang menyampaikan rasa takut mereka tentang masa depan.
“Anda akan terus dengan langkah ini semberono kerana anda takut tidak melakukan yang cukup untuk memuaskan hati pengundi Brexit, atau mengekalkan kerusi anda,” ujarnya.
Selepas kira-kira 16 jam status itu dimuat naik, ia mendapat ribuan reaksi, hampir 500 komen perdebatan, serta ratusan perkongsian. Netizen juga berjenaka dan menyindir apabila mendapati Theresa sendiri menekan ‘Like’ untuk status itu.
Dalam ucapan memperkenalkan 12 dasar yang hendak dilaksanakan demi Brexit, Theresa berkata, beliau yakin perjanjian perdagangan dan kerjasama strategik antara United Kingdom (UK) dengan Kesatuan Eropah (EU) boleh dicapai dalam tempoh dua tahun seperti yang tercatat dalam Artikel 50.
“Saya tahu, ada suara yang menyeru kepada sesuatu yang menghukum Britain dan tidak menggalakkan negara lain mengambil langkah yang sama.
“Itu akan menjadi tindakan membahayakan negara-negara Eropah itu sendiri. Ia bukan satu tindakan sahabat,” ujarnya yang antara lain mahu membawa Britain keluar dari kuasa Mahkamah Keadilan Eropah dan memiliki kawalan sendiri terhadap sistem imigresen.
Dalam usaha membawa UK keluar dari EU, beliau menegaskan bahawa perdagangan rentas sempadan akan tetap lancar.
Pemimpin Demokrat Liberal Tim Farron berkata, Theresa sudah jelas mengesahkan Britain menuju Brexit mengikut acuannya.
“Beliau mendakwa rakyat mengundi untuk keluar daripada pasaran tunggal. Sedangkan sebenarnya mereka tidak mahu begitu. Theresa telah buat pilihan yang akan menyebabkan kemusnahan dahsyat dalam ekonomi Britain,” katanya.
Agensi
Thu Jan 19 2017
Theresa merangka 12 dasar penting menuju Brexit. - Foto Reuters
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Belgium anggap Inisiatif Autonomi Maghribi sebagai asas baik untuk penyelesaian bersama
Pendekatan konstruktif Belgium ini selaras dengan momentum antarabangsa yang dipacu oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.
ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah
Badan eksekutif Kesatuan Eropah itu akan melancarkan prosedur pelanggaran bagi melindungi pasaran tunggal blok itu daripada risiko pencabulan protokol.
Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.
Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang
Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika tidak lagi mendapat majoriti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan, pemeriksaan sempadan yang dikenakan terhadap barangan dari Ireland Utara terbukti tidak dapat dilaksanakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang
Protokol itu perlu ditulis semula kerana ia melemahkan proses perdamaian dan mempengaruhi kehidupan rakyat di Ireland Utara.
Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan
Rancangan asal EU bertujuan mengelak pembukaan sempadan antara Ireland dengan Ireland Utara menjadi pintu belakang bagi bekalan vaksin.
Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU
Larangan itu dibuat selepas Britain meninggalkan EU pada 1 Januari lalu, yang mana hasil laut yang berkenaan perlu dibersihkan sebelum digunakan dan tidak boleh dijual kepada 27 ahli blok berkenaan.
Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan (PH) akan terus berpolitik demi memastikan suara rakyat terus didengari meskipun ada desakan supaya sebarang bentuk politik dihentikan buat masa ini.