CHINA mungkin pernah menjadi pusat penularan jangkitan COVID-19 satu ketika dahulu.
Tetapi kini, ia boleh berbangga apabila jumlah jangkitan dan angka kematian akibat koronavirus di negara itu turun mendadak hingga hampir tiada kes positif kebelakangan ini.
Bagaimanakah negara yang satu ketika dahulu dicemuh sebagai punca tersebarnya jangkitan koronavirus baharu ini mengawal keadaan dan apa langkah yang dilakukan bagi memastikan risiko sedia ada terkawal?
Di Wuhan, misalnya, warganya hari ini bebas keluar masuk selepas 76 hari menjalani perintah berkurung.
BACA: Wuhan akhirnya dibuka setelah 76 hari berkurung
Walaupun bebas, namun risikonya tetap ada.
Dalam memastikan setiap individu tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain, pihak berkuasa negara itu menggunakan teknologi aplikasi telefon bimbit bagi mengenal pasti siapa yang sihat dan siapa yang berisiko.
Menggunakan perisian tambahan pada aplikasi telefon bimbit WeChat dan AliPay yang sememangnya popular di sana, setiap penduduk diberikan kod warna QR bagi membezakan apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan berdasarkan kaji selidik kesihatan yang dilakukan terlebih dahulu.
Warna hijau membolehkan mereka bergerak bebas dan diterima masuk ke hampir semua tempat, termasuk tempat kerja, sekatan jalan raya, hotel, dan restoran.
Warna jingga atau merah pula bermaksud individu itu berisiko dan mungkin dihalang masuk. Dan seperti biasa, individu itu akan diminta menjalani kuarantin dari tujuh hingga 14 hari.
Kod warna itu akan bertukar mengikut keadaan semasa. Sebagai contoh, jika anda pernah berada di lokasi di mana seseorang individu dengan kod warna merah dikesan, secara automatik kod warna anda akan berubah kepada jingga dan anda perlu menjalani proses kuarantin.
Untuk tujuan itu, pihak berkuasa dibenar mengakses pangkalan data yang antara lain mendedahkan sejarah perjalanan, kesihatan dan sama ada pemilik telefon itu ada berdekatan individu disyaki menghidap jangkitan koronavirus.
Proses ini berulang setiap kali mereka mendaftar untuk satu-satu perjalanan.
Inisiatif ini diperkenal di bandar Hangzhou dan kemudiannya diikuti bandar-bandar lain. Setakat 25 Februari, program ini telah digunakan di lebih 200 bandar dan terus meningkat.
Sehingga awal tahun ini, WeChat mempunyai 1.16 bilion pengguna bulanan aktif, manakala Alipay 900 juta pengguna di seluruh China
Astro Awani
Wed Apr 08 2020
Penerangan kod warna bagi setiap individu yang berhasrat melakukan perjalanan di China. -Foto technode.com
Penyiasat Korea Selatan masuk kediaman Presiden Yoon
Penyiasat Korea Selatan daripada agensi anti-rasuah negara memasuki kediaman presiden pada Jumaat untuk melaksanakan waran penahanan.
Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.
Rakam audio tanpa kebenaran, Apple bayar pampasan AS95 juta
Saman kumpul difailkan pada tahun 2019 selepas siasatan The Guardian mendapati Siri boleh diaktifkan secara tidak sengaja oleh pengguna.
Beras putih import: BERNAS bidas kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.
Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan
Pada pukul 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.22 mata kepada 1,635.09 daripada 1,632.87 ketika ditutup pada Khamis.
Projek tebatan banjir, basmi miskin tegar perlu disegerakan - PM Anwar
Anwar berkata, hal ini kerana ia melibatkan kepentingan serta keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.
Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan Los Angeles
Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.
Pelajar Tingkatan Satu maut dalam kemalangan motosikal
Kemalangan kira-kira pukul 7.10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada anggota badan.
Sesi permukiman jemaah menteri ketiga tidak lama lagi - PM Anwar
Beliau berkata sesi permukiman itu juga menjadi platform untuk barisan menteri membaiki kelemahan dalam pentadbiran ketika ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, tinggi berbanding mata wang utama lain
Pada pukul 8 pagi, ringgit susut kepada 4.4850/4950 berbanding dolar AS daripada 4.4760/4810 semasa ditutup pada Khamis.
Jualan 11.11 Alibaba cecah US$10 bilion dalam tempoh sejam pertama
Syarikat itu mengumumkan angka tersebut mengatasi GMV 2017 yang merekodkan 168.2 bilion (1 yuan/renminbi = RM0.60) secara keseluruhan tempoh 24 jam.
Alibaba yakin masa depan negara, ikrar tambah pelaburan di Malaysia
Gergasi platform atas talian Kumpulan Alibaba yakin terhadap masa hadapan negara di bawah kepimpinan baharu dan akan terus melabur di negara ini.
Touch 'n Go dapat kelulusan Bank Negara untuk E-dompet mudah alih
Perkhidmatan yang menggunakan platform teknologi Alipay, akan diuruskan oleh TNG Digital Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha samanya dengan Ant Financial Group (Ant Financial).
WeChat Pay masuki Malaysia tahun hadapan
Reuters yang memetik kenyataan Naib Presiden Kanan Tencent, SY Lau menyatakan, pihaknya sudah memperoleh lesen bagi membolehkan TenCent digunakan di Malaysia.
Maybank jalin pakatan dengan Alipay tawar kemudahan pembayaran tanpa sentuh
Maybank menjalin pakatan dengan firma China, Ant Financial Services Group, bagi menyediakan kemudahan untuk pengguna Alipay yang ke Malaysia dengan perkhidmatan pembayaran tanpa sentuh.