PADA masa penulisan ini dibuat, lebih daripada 120,000 orang Rohingya -- dinamakan sebagai kaum paling dizalimi di dunia -- telah meninggalkan negeri Rakhine di barat Myanmar.
Kecaman dunia terhadap Kerajaan Myanmar, terutama Kaunselor negaranya dan juga pemimpin de facto Aung San Suu Kyi (atau ASSK), telah hampir menyeluruh, datang daripada semua pihak.
Golongan minoriti Myanmar -- termasuk Shan, Karen, Kachin dan orang Islam -- telah lama mempunyai hubungan buruk dan ada kalanya berdarah dengan kaum majoriti Burma atau "Bama" yang tinggal di kawasan teras Delta Irrawady.
Pun begitu, orang Islam telah sekian lama menjadi sebahagian daripada kehidupan awam Burma. Pelbagai raja sejak berkurun lamanya, termasuk Raja Mindon, menggalakkan penempatan orang Islam dan pembinaan masjid.
Mereka melihat komuniti Islam itu sebagai sumber kegiatan komersial dan pendapatan yang penting.
Sungguhpun begitu, kekalahan dinasti Konbaung di tangan British mendatangkan kesan pedih ke atas kesedaran bangsa Burma --- hingga membawa kepada perasaan kebencian mendalam terhadap orang asing, iaitu xenofobia.
Tidak seperti di Malaysia dan Indonesia yang mana pihak berkuasa kolonial memilih untuk memerintah melalui sultan-sultan tempatan, tetapi di Myanmar, pentadbirannya dibuat secara langsung oleh British dari Calcutta, dan kemudiannya dari Delhi.
Myanmar juga adalah wilayah yang teramat bernilai dari segi komersial. Balak, batu permata dan minyak menarik modal dan buruh asing masuk jauh ke dalam tengah-tengah wilayah yang dahulunya merupakan pusat kerajaan Burma yang dibanggakan.
Tambahan pula, para pedagang dan pemberi pinjaman wang Marwari dan Chettiar dari benua kecil India kemudian menyedari potensi besar dalam penanaman padi, menjadikan Burma dalam masa beberapa tahun saja sebagai wilayah pengeksport beras utama.
Untuk menjimatkan kos, ahli-ahli perniagaan yang sama membawa masuk buruh dari Benggala, wilayah yang berdekatan --- hingga memberi tekanan pada gaji tempatan dan banyak petani tempatan kehilangan punca pendapatan.
Menjelang Perang Dunia Kedua, hampir separuh daripada penduduk Rangoon (Yangon) adalah orang India.
Keadaan ini memperdalamkan rasa tidak senang pribumi Burma yang melihat pendatang baharu itu -- banyak daripadanya pula kebetulannya orang Islam --- adalah penceroboh.
Suasana ini membawa kepada rusuhan anti-imigran di Rangoon. Perang Dunia Kedua dan kekerasan yang berlaku selepas itu mendorong jutaan orang India meninggalkan Rangoon. Bagaimanapun, banyak lagi yang memilih untuk kekal di situ.
Bagi jutaan orang Islam Myanmar hari ini, kekerasan di Rakhine amat meresahkan. Menariknya, angka rasmi menyatakan minoriti Muslim hanyalah 3 ke 4 peratus daripada penduduk sedangkan banyak NGO merasakan terdapat hampir 12 ke 13 peratus orang Islam.
Apapun, ketika mana minoriti Muslim kelihatan lebih ketara dan sesak padat di tengah-tengah bandar Yangon, tetapi mereka juga tersebar di kawasan tengah negara itu, dengan masjid-masjid berada di bandar kecil dan pekan seperti Bago, Mawlamyine dan Meiktila.
Maka sementara perhatian antarabangsa adalah betul dengan memberi tumpuan pada keadaan di Rakhine, tetapi adalah penting juga untuk ingat bahawa tidak semua orang Islam di Myanmar adalah Rohingya, walaupun keadaan mereka juga ada kalanya adalah genting.
Banyak daripada mereka mengadu mengenai diskriminasi rasmi dan tidak rasmi, termasuk penggunaan perkataan "kalar" (yang dilihat sebagai menghina) oleh orang bukan Islam terhadap mereka.
Ekoran perkembangan baru-baru ini, saya menghubungi kawan-kawan Burma Muslim untuk mendapatkan rasa bagaimana mereka melihat keadaan sekarang. Untuk melindungi mereka, dalam keadaan tertentu, saya menggunakan nama lain.
Pembaca kolum saya tentu ingat U Tin Win, seorang Burma Muslim berusia 71 tahun dan merupakan bekas pemandu lori yang mengalami kesukaran bagi mendapatkan surat-surat rasmi untuk cucu-cucunya.
Apabila dihubungi, ternyata masalah itu tidak berkurangan: 'Malah bapa saudara saya yang bekerja sebagai pegawai kastam tidak dapat kad pengenalannya. Beliau hilang kad itu. Walaupun memiliki semua dokumen yang diperlukan, beliau masih tidak diberikan kad baharu kerana beliau adalah seorang Islam.
Bagi yang lain, kebimbangannya adalah mengenai keselamatan mereka.
Chit (bukan nama sebenar), seorang Burma Muslim berusia awal 30-an, bekerja sebagai pemandu teksi di Yangon, di mana terdapat banyak masjid dan orang Islam. Sungguhpun begitu, beliau sering kali berasa tidak selamat.
"Di mana-mana di Myanmar, orang beragama Buddha fikir orang Islam adalah pengganas yang sedang berusaha untuk menggulingkan kerajaan. Terdapat banyak berita palsu di media sosial yang disebarkan sebagai propaganda. Begitulah sentimen kekerasan tersebar di luar negeri Rakhine."
"Nasib baik saya tidak kelihatan sebagai orang Islam dengan jelas, jadi saya boleh hidup tanpa banyak gangguan."
Di Myanmar, "kelihatan sebagai orang Islam" bermakna mempunyai kulit gelap, berwajah India, dan berjanggut bagi lelaki serta memakai hijab bagi perempuan.
Naing (bukan nama sebenar), adalah seorang Burma Muslim, penduduk Meiktila mempunyai kebimbangan yang lebih besar.
"Berlaku satu pergaduhan antara seorang Islam dengan seorang beragama Buddha beberapa minggu lalu. Dalam sebuah kampung bernama Chan Aye, tentera mengenakan perintah berkurung sepanjang malam dan mengawal ketat tempat itu. Harap-harap, kekerasan dari Rakhine tidak tersebar ke sini."
Naing yang berusia awal 20-an berasa pesimis terhadap masa depan orang Burma Muslim.
"Orang-orang Buddha tidak dibenarkan membeli atau menjual tanah dengan orang Islam. Ma Ba Tha (gerakan sami Buddha pelampau) akan menghentikannya. Beberapa bulan lalu, mereka hampir membunuh seorang lelaki Islam dan memusnahkan rumahnya kerana dia membeli tanah daripada seorang beragama Buddha.
Diskriminasi itu memberi kesan malah kepada orang Burma Muslim yang berada, seperti Kyaw (bukan nama sebenar), seorang ahli perniagaan veteran yang memiliki kepentingan kewangan di Myanmar dan luar negara.
"Saya hadir satu kursus diplomatik peringkat tinggi yang mana para menteri dan duta juga hadir. Mereka menggunakan perkataan 'kalar' untuk merujuk kepaa orang Burma Muslim. Rancangan televisyen dan filem sentiasa menggunakan perkataan itu. Perkauman ada di mana-mana."
"Di bandar-bandar lebih kecil, terdapat tanda-tanda di luar kedai menunjukkan perniagaan mana yang dimiliki oleh orang Buddha, supaya mereka boleh melakukan diskriminasi terhadap kami. Untuk menjalankan perniagaan, saya terpaksa menggunakan proksi orang Buddha, jika tidak, saya tidak boleh hidup."
Apa yang menghairankan saya ialah umumnya hanya terdapat sedikit rasa tidak senang dalam kalangan kawan-kawan Burma Muslim saya terhadap ASSK, yang mendapat kecaman di peringkat antarabangsa.
Walaupun beliau sudahpun bersuara setelah membisu agak lama terhadap hal itu, hakikatnya ialah masih tidak ada sebarang tindakan bagi menghentikan kekerasan itu.
U Tin Win, umpamanya, sepenuh hati percaya bahawa beliau akan memperjuangkan perlembagaan 2008 Myanmar.
Perlu disebut bahawa dokumen itu mengandungi klausa: "Kami, rakyat Nasional, dengan tegas berazam mendokong kesaksamaan kaum, hidup selamanya dalam perpaduan dengan menyemai Semangat Kesatuan patriotisme sebenar yang tegas."
Naing, sebaliknya berasakan bahawa: "NLD dan ASSK tidak mempunyai kuasa untuk mengubah apa yang sedang berlaku. Beliau sedang melakukan apa yang termampu."
Pemandu teksi Chit lebih menghargai NLD: "Saya fikir respons NLD dan ASSK terhadap kekerasan Rakhine adalah amat adil. Mereka sedang cuba bersungguh-sungguh dan saya percaya mereka boleh menyelesaikan isu itu."
Kyaw berhujah: "Jika mereka (ASSK dan NLD) bersuara, mereka akan kehilangan sokongan. Saya pasti di sebalik tabir, mereka sedang berusaha membantu orang Burma Muslim dan Rohingya untuk hidup dengan aman."
Orang Islam Myanmar berada dalam keadaan yang kompleks dan rumit. Mereka tahu sangat mereka boleh menjadi "sasaran selanjutnya" dalam pertembungan antara golongan pelampau itu selepas Rohingya.
Banyak daripada mereka melihat ASSK dan NLD sebagai satu-satunya harapan mereka.
Tetapi dengan kerajaan tidak melakukan apa-apa terhadap kekerasan di Rakhine, perasaan baik mereka terhadap kerajaan akan akhirnya hilang.
Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
Karim Raslan
Sat Sep 09 2017
Lelaki Islam Burma dari segenap lapisan umur memenuhi masjid Cholia Jame di pusat kota Yangon sewaktu solat Jumaat. - Foto Karim Raslan
Polis Terengganu rampas syabu RM6 juta dalam Toyota Vellfire
Polis merampas 200 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM6 juta yang dijumpai dalam kenderaan Toyota Vellfire di tepi jalan di Kampung Guntong Luar di sini Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [18/11/2024] – SPRM siasat projek mineral Sabah | Bermula tahun 2025 | ASEAN 2025 | Berkuat kuasa 1 Disember 2024
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Arahan turunkan semua audio, video dakwaan rasuah ADUN Sabah
- Elak kesesakan tambak Johor, kod QR semua jenis kenderaan
- Masa makin suntuk, bagaimana Asean main peranan selamatkan iklim dunia
- Arahan tangkap, individu guna pangkalan haram Sungai Golok
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Arahan turunkan semua audio, video dakwaan rasuah ADUN Sabah
- Elak kesesakan tambak Johor, kod QR semua jenis kenderaan
- Masa makin suntuk, bagaimana Asean main peranan selamatkan iklim dunia
- Arahan tangkap, individu guna pangkalan haram Sungai Golok
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.
AWANI Tonight: COP29: Malaysia leads carbon framework development at ASEAN level
Malaysia, through the ASEAN-Business Advisory Council Malaysia Carbon Market Working Group, is leading efforts to establish a comprehensive carbon framework across ASEAN.
Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan MyCC dalam kes berkaitan anti persaingan
Hakim menetapkan sesi pengurusan kes esok, bagi menetapkan tarikh menyampaikan keputusan.
AWANI Tonight: Reform: Eligibility for RON95 subsidy to consider many factors
The eligibility criteria for the RON95 fuel subsidy will consider household size, employment status, number of vehicles, basic living expenses, and the cost of living index.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
Manfaatkan kebijaksanaan Orang Asli tangani ketidaktentuan alam - Pakar
Pensyarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, Dr. Minhaz Fared Ahmad berkata kebijaksanaan Orang Asli mendepani pelbagai cabaran dan ketidaktentuan alam perlu dijadikan contoh dalam modul latihan berkaitan kelangsungan kepada komuniti. Jelasnya, ini memerlukan pelaburan yang mampan untuk memastikan tidak ada kumpulan yang terabai dan tertinggal. #AgendaAWANI
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
Anak lelaki risau tahap kesihatan Aung San Suu Kyi di penjara
Kim Aris dakwa, ibunya dinafikan akses kepada doktor luar selepas mengalami pening dan muntah.
Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak
Pengampunan separa oleh tentera junta Myanmar terhadap bekas pemimpin yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi tidak mempunyai sebarang makna.
Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi
Thailand berharap pemberian pengampunan itu akan membantu mewujudkan suasana kondusif untuk dialog politik di Myanmar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan
Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu.
UK umum sekatan baharu terhadap Myanmar, sasar pembekal peralatan tentera
United Kingdom pada Isnin mengumumkan sekatan baharu terhadap Myanmar, termasuk menyasarkan pembekal peralatan ketenteraan kepada junta.
Kerajaan tentera Myanmar nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai
Anggota kumpulan penentangan bersenjata mendakwa bahawa mayat mangsa ditemukan di pekarangan sebuah biara Buddha pada lewat Sabtu lalu.
Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah keganasan.