Tokyo mencatatkan 243 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan hari kedua ia melebihi 200 kes.
Menurut Gabenornya, Yuriko Koike, peningkatan mendadak ini adalah hasil daripada saringan ujian sampel asid nukleik yang dijalankan di bandar itu.
"Baru-baru ini lebih 300 ujian sampel asid nukleik dijalankan setiap hari.
"Tambahan itu, sektor hiburan malam di bandar ini turut memberi kerjasama dan memastikan pekerja mereka menjalani ujian itu," katanya.
BACA: COVID-19: Kes di Tokyo meningkat dalam tempoh 24 jam, tertinggi sejak awal Mei
Kebanyakan ujian adalah terhadap kontak rapat kepada mereka yang sebelum ini disahkan positif COVID-19.
Menurut pakar kesihatan dari pasukan bertindak bandar itu, kebanyakan kes yang direkodkan baru-baru ini berkait rapat dengan kelab malam.
Bagaimanapun, jangkitan sudah menular sehingga kawasan kejiranan, tempat kerja dan majlis sosial.
Walaupun dengan peningkatan ini, Koike turut menegaskan ujian yang dijalankan dapat mengesan kes tanpa simptom yang seterusnya dapat memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Agensi
Fri Jul 10 2020

Menurut pakar kesihatan dari pasukan bertindak bandar itu, kebanyakan kes yang direkodkan baru-baru ini berkait rapat dengan kelab malam. - Foto AP
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

COVID-19: 243 kes baharu di Tokyo, hari kedua melebihi 200 kes
Tokyo mencatatkan 243 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan hari kedua ia melebihi 200 kes.