Menurut data Johns Hopkins University, ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 142,148 kematian.
Amerika Syarikat (AS) merekodkan 32,186 kematian, menjadikannya negara paling tinggi angka korban.

Itali kekal di kedudukan kedua dengan lebih 22,000 kematian diikuti oleh Sepanyol melebihi 19,000 korban.
Sementara itu, angka korban di Perancis menghampiri 19,000 manakala United Kingdom (UK) dengan 13,000 kematian.
Iran telah mengatasi China dengan mencatatkan hampir 5,000 kematian.