PANDEMIK COVID-19 yang bermula sejak Disember tahun lalu masih tidak menunjukan sebarang tanda penurunan hingga kini.

Lebih menyedihkan apabila jumlah kes kematian akibat virus tersebut terus meningkat dari sehari ke sehari.

Berdasarkan statistik Johns Hopkins University pada Sabtu, jumlah keseluruhan kematian COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah lebih 638,238 kes.

Lebih memeranjatkan apabila peningkatan lebih 11,000 kes itu hanya dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 145,333 kematian diikuti Brazil lebih 85,238 kematian.

Seterusnya, Brazil, United Kingdom dan Itali masing-masing merekodkan kes kematian sebanyak 45,762 kes, 85,238 kes serta 35,097 kes.

Diikuti India dengan 30,601 kes kematian dan Sepanyol mencatat lebih 28,432 kes kematian.

Negara-negara lain pula merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.