PENULARAN wabak koronavirus masih belum ada tanda reda apabila beberapa negara pada Rabu mencatatkan kes positif COVID-19 buat kali pertama, termasuk Pakistan, Romania, Georgia, Greece, Norway dan Brazil.
Menteri Kesihatan Romania Victor Costache berkata, kes pertama negara itu membabitkan pesakit yang mempunyai kontak secara langsung dengan seorang rakyat Itali yang berkunjung ke Romania awal bulan ini.
Sementara itu, Itali mencatat penularan terbesar di Eropah dengan setakat ini, 447 kes dan 12 kematian, akibat jangkitan COVID-19.
Manakala di Greece, pesakit berusia 38 tahun itu merupakan seorang pereka fesyen terkemuka yang berkunjung ke utara Itali untuk hadir ke minggu fesyen Milan.
Brazil pula mengesahkan seorang lelaki rakyat tempatan berusia 61 tahun dijangkiti COVID-19, menjadikannya kes pertama di rantau Amerika latin.
Menteri Kesihatan Brazil Luiz Mandetta berkata, pesakit itu tiba di Sao Paulo minggu lalu selepas mengunjungi Perancis dan Itali, kini dikuarantin di rumah serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Terdahulu, pesakit itu dirawat di Hospital Albert Einstein, katanya.
Pada masa sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan jumlah kes baharu berkaitan penularan wabak virus tersebut yang dilaporkan di luar China lebih tinggi berbanding dengan kes baharu dalam republik tersebut.
Antara negara yang melaporkan peningkatan kes jangkitan virus yang membimbangkan adalah Iran yang kini menyaksikan 19 kematian dalam minggu yang lepas.
Iran juga merekodkan 139 kes jangkitan positif virus itu, antaranya termasuk Timbalan Menteri Kesihatan Iraj Harirchi.
Hanya sehari sebelum disahkan positif, beliau menolak cadangan untuk melaksanakan kuarantin terhadap bandar atau daerah tertentu kerana “amalan kuarantin hanya sesuai dalam Zaman Batu”.
Korea Selatan turut menyaksikan peningkatan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat dan kini mencatat 334 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 1,595 iaitu jumlah tertinggi di luar China.
Nailah Huda
Thu Feb 27 2020

Orang ramai memakai topeng perlindungan ketika berjalan di sebatang jalan di Shanghai, China. REUTERS
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews

Brazil jadi tuan rumah sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro pada Julai
Brazil mengambil alih jawatan pengerusi pada 1 Jan dan mengetuai kumpulan kerja bagi menyediakan agenda dan topik untuk sidang kemuncak.

'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.

Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.

Indonesia secara rasmi sertai BRICS sebagai anggota penuh
Ia penambahan kepada anggota penuh sedia ada iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kerajaan Brazil pada 6 Januari secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS.

Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus pada kerjasama Selatan Global
Brazil mengambil alih pengerusi bergilir kumpulan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) pada Rabu.

Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.

Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil.