JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi angka 7 juta.

Menurut data Johns Hopkins University, pertambahan 10,000 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 7.08 juta.

Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan COVID-19 dengan mencatatkan 1.95 juta serta satu-satunya negara dengan kes melebihi 1 juta.


Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan COVID-19 dengan mencatatkan 1.95 juta serta satu-satunya negara dengan kes melebihi 1 juta.
Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif 691,000 kes, manakala Rusia ketiga dengan melebihi 476,000 kes.

Negara yang mempunyai angka melebihi 200,000 ialah United Kingdom, India, Sepanyol dan Itali.

Pakistan hari ini menyertai lapan negara lain dalam kelompok yang mempunyai angka jangkitan melebihi 100,000 termasuk Peru, Perancis, Jerman, Iran, Turki, Chile, Mexico dan Arab Saudi.

Negara lain masih merekodkan angka jangkitan di bawah 100,000, namun Kanada kini melepasi angka jangkitan di China, lokasi bermulanya virus itu, dengan jumlah kes positif melebihi 84,000 kes.