Wabak koronavirus ini mungkin tidak akan hapus sama sekali, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Amaran itu dibuat ketika banyak negara sudah mula melonggarkan sekatan bagi membuka semula ekonomi.
Sehubungan itu penduduk dunia perlu belajar menerima kehidupan dengan ancaman virus itu.
Kata Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan, adalah sukar untuk meramalkan bila pandemik ini akan berakhir.
Sebaliknya, beliau memberi contoh penduduk dunia perlu menerima COVID-19 seperti mana kewujudan HIV.
Koronavirus pertama kali dikesan di China, tahun lalu dan kini menjangkiti 4.2 juta orang, dengan hampir 300 ribu kes kematian.
WHO juga mengulangi amaran tiada jaminan tindakan melonggarkan sekatan tidak akan mencetuskan gelombang jangkitan baharu.
Dalam pada itu, Ryan turut meluahkan kebimbangan mengenai serangan ke atas sebuah hospital di Afghanistan.
“Kami sangat bimbang dengan serangan ini, bukan sahaja ke atas fasiliti penjagaan kesihatan yang berkaitan COVID-19, tetapi wujud keadaan tidak aman di sekitar fasiliti ini.
“Kami mahu mengingatkan serangan bersasar ke atas fasiliti kesihatan dan petugas sektor kesihatan kerana konflik atau perang atau tindakan tidak bertanggungjawab ke atas kesihatan yang tidak boleh anda bayangkan,” katanya.
Dalam perkembanban berkaitan, WHO menekankan usaha mengenal pasti sumber wabak COVID-19 adalah kritikal ketika ini.
Langkah itu boleh menentukan bagaimana virus berkenaan berkembang.
Kajian sehingga kini mendapati virus itu berasal dari haiwan dan kemudian menjangkiti manusia.
Kata Pegawai Kanan WHO, virus itu bermutasi setiap kali berpindah dari satu haiwan ke haiwan yang lain.
Tindakan mengenal pasti sumber virus, akan membolehkan dunia mengelak pandemik dan penularan dari haiwan kepada manusia.
Wabak COVID-19 turut mencetuskan pertikaian diplomatik di antara China dan Amerika Syarikat (AS).
Astro Awani
Wed May 13 2020

Ryan (gambar) berkata penduduk dunia perlu menerima COVID-19 seperti mana kewujudan HIV. - Reuters
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Kluster KTV COVID-19: Singapura gantung dua minggu operasi lebih 400 kelab malam
Langkah itu diambil selepas sejumlah kluster di kesan di beberapa kelab karaoke KTV dan kelab malam.

WHO sambut baik keputusan Arab Saudi mengenai haji
Agensi kesihatan dunia itu berkata, mengutamakan kesihatan adalah pilihan yang harus dibuat oleh semua negara ketika mendepani pandemik COVID-19.

Cuomo ancam tutup semula New York jika tidak patuhi arahan
Gabenor New York, Andrew Cuomo mengancam akan menutup semula negeri itu jika lebih banyak pelanggaran arahan untuk mengekang COVID-19 berlaku.

Kempen beli barang tempatan pasca PKP
Menyedari keperluan untuk menaikkan kembali ekonomi tempatan, satu kempen menggalakkan orang ramai menguatkan ekonomi tempatan dijalankan.

Kedai gunting rambut, salun dibenar beroperasi semula di California
Kedai gunting rambut dan salun di California, Amerika Syarikat (AS) akan dibenarkan beroperasi semula selepas sekatan dikenakan akibat pandemik COVID-19.

UK buka semula kebanyakan kedai mulai Jun
Ini termasuk pasar terbuka dan pusat jualan kereta, yang dibuka semula bermula 1 Jun.

COVID-19: Kerajaan P. Pinang cadang 'travel bubble' mulakan pelancongan
Konsep 'travel bubble' juga dicadangkan di Australia dan New Zealand untuk memulakan semula perjalanan dan industri pelancongan.

COVID-19: Koronavirus ini mungkin tidak akan terhapus sama sekali - WHO
WHO juga mengulangi amaran tiada jaminan tindakan melonggarkan sekatan tidak akan mencetuskan gelombang jangkitan baharu.

Singapura terus tunjuk kemajuan kawal COVID-19
Jumlah kes baharu dalam komuniti terus menunjukkan penurunan kepada lapan kes baru setiap hari pada minggu lepas.

COVID-19: Ekonomi memburuk, protes tercetus di serata dunia
Protes tercetus di London, Feroz Koh di Afghanistan dan Stuttgart di Jerman pada Sabtu susulan perintah berkurung dikuatkuasakan.