KOMUNITI kesihatan umum dunia mahu usaha dipergiat bagi mencari sebab kadar kematian akibat COVID-19 di India jauh lebih rendah dari negara lain.
Hampir dua bulan selepas kes pertama, India hanya mencatatkan 27,000 kes positif dan 800 kematian – bagi sebuah negara yang berpenduduk 1.34 bilion.
Para doktor dan pakar kesihatan menyifatkan perintah kunci pintu (lockdown) yang ketat selama empat minggu berkemungkinan satu faktor yang berjaya membuahkan hasil.
Tidak kurang juga yang membuat andaian bahawa demografi penduduk yang lebih ramai dalam kalangan warga muda sebagai faktor penting. Ini kerana warga yang lebih tua – 70 tahun ke atas yang lebih tinggi berkemungkinan meninggal dunia apabila dijangkiti virus korona.
Menurut BBC, salah satu cara memahami kadar kematian pandemik COVID-19 ialah mengambil kira berapa tempoh hari; dan kematian yang meningkat dua kali ganda.
Di India, kadar kematian meningkat dua kali ganda dalam masa sembilan hari – 825 kematian pada 25 April berbanding separuh jumlah ini pada 16 April – berbanding jarak dua atau tiga hari sahaja bagi New York.
Ada juga andaian virus korona yang melanda India tidak sama kuasa ‘bisa’ penularannya dengan virus korona yang melanda dunia.
Namun, kedua-dua andaian ini tidak mempunyai asas atau bukti kerana pakar perubatan yang merupakan barisan hadapan dalam kes penularan ini menganggap virus korona tetap sama, mudah tersebar.
Pakar kesihatan umum dan onkologi India-Amerika, Siddharta Mukherjee, percaya misteri ini dapat dirungkai jika jumlah saringan dipertingkat. Katanya, saringan perlu melibatkan ujian gejala (diagnosis) dan juga ujian antibodi bagi mengenal pasti siapa dalam kalangan pesakit pernah dijangkiti tetapi sembuh.
Persoalan juga timbul sama ada India gagal mengesan kesemua kematian akibat COVID-19.
Kebanyakan negara sememangnya secara tidak sengaja melaporkan jumlah kematian yang lebih rendah dari angka sebenar.
Kajian data dari 12 negara oleh akhbar New York Times mendapati pada bulan Mac terdapat sekurang-kurangnya 40,000 lagi kematian pada waktu pandemik melanda berbanding jumlah yang didedahkan pihak berkenaan.
Akhbar Financial Times pula membuat andaian, berdasarkan kajian di 14 negara, kadar kematian COVID-19 mungkin 60 peratus lebih tinggi.
Masalah pengumpulan perangkaan timbul di India kerana hampir 80 peratus kematian di India berlaku di rumah.
Data dari jumlah mayat yang diurus secara pembakaran turut tercicir kerana banyak acara berjalan secara persendirian tanpa hebahan luas oleh ahli keluarga sendiri.
Namun pada masa yang sama, Presiden Badan Kesihatan Umum India K Srinath Reddy memberitahu BBC, tiada peningkatan jumlah kematian di hospital. Beliau menambah, sebarang peningkatan kadar kematian yang tidak dilaporkan di rumah turut akan menarik perhatian umum.
Sebagai kelaziman, 10 juta kematian dicatat di India setiap tahun dan kerajaan sendiri mengaku hanya 22 peratus daripada jumlah ini disahkan oleh pihak hospital.
Di negara dengan ramai warganya yang mempunyai pertalian etnik dari Selatan India, timbul persoalan mengapa mereka seolah-olah kurang terkesan dengan penularan COVID-19.
Oleh kerana statistik kes dan kematian tidak mendedahkan butiran peribadi, pemerhati hanya mampu membuat rumusan tentang kaum mana yang kurang terdedah kepada COVID-19.
Walaupun usaha mencari vaksin mendapat perhatian luas, mungkin perlu juga dikaji mengapa golongan ini agak 'kebal' dengan penularan COVID-19.
Jawapannya mungkin ada di India.
Razak Chik
Tue Apr 28 2020

Pakar kesihatan mahu kajian untuk memahami mengapa kadar penularan dan kematian COVID-19 rendah di India berbanding negara lain.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

COVID-19: Misteri penularan dan kematian virus korona rendah di India
Akhbar Financial Times pula membuat andaian, berdasarkan kajian di 14 negara, kadar kematian COVID-19 mungkin 60 peratus lebih tinggi.

Tindas warga Islam Xinjiang: 'Panorama' dedah bukti, China tegas nafi
Rancangan televisyen BBC siar dokumen rahsia dedah cara rakyat Islam Xinjiang dalam tahanan dipaksa jalani proses indoktrinasi.

Menang pilihan raya UK, Najib ucap tahniah kepada Cameron
Najib berkata Malaysia juga menaruh harapan untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih mendalam dengan UK.