New Zealand melaporkan 15 kes baharu COVID-19 pada Khamis.

Jumlah jangkitan itu dilaporkan tatkala kerajaan bercadang melonggarkan beberapa sekatan sejak ia dikuatkuasakan empat minggu lalu.

Dalam pada itu, sekolah-sekolah akan dibuka kembali tetapi kehadiran akan dilakukan secara sukarela dan beberapa perniagaan seperti restoran dapat beroperasi semula.

Manakala pusat beli-belah dan kedai runcit akan ditutup serta sebarang aktiviti perhimpunan besar masih dilarang oleh kerajaan.

Setakat ini, New Zealand melaporkan 1,401 kes COVID-19 dengan sembilan kematian.

Bagaimanapun, bilangan jangkitan harian telah menurun dengan ketara sejak 11 hari lalu.