PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan tambahan enam gejala COVID-19 yang baharu, seiring dengan pemahaman lebih mendalam pakar kesihatan mengenai virus berkenaan.
Gejala terbabit adalah menggigil; getaran tubuh secara berulang serentak dengan menggigil; sakit otot; sakit kepala; sakit tekak dan kehilangan deria rasa atau bau.
Semua gejala ini biasanya muncul dua hingga 14 hari setelah pesakit terdedah kepada virus berkenaan.
Sebelum ini, CDC hanya menyenaraikan tiga gejala yang diketahui iaitu sesak nafas, batuk dan demam.
Bekas pemangku Pengarah Jabatan Pandemik dan Ancaman AS, Mario Ramirez, memberitahu Washington Post, gejala sesuatu penyakit termasuk COVID-19 dan influenza biasa, boleh berubah seiring perubahan masa.
Beliau berkata, berdasarkan data dan maklumat daripada rawatan pesakit tempatan dan seluruh dunia, CDC dapat menyatakan dengan yakin, enam gejala terbabit adalah gejala COVID-19.
Ramirez, berkata trend mengenai gejala tempatan dan data dari negara lain membolehkan CDC mengenal pasti atau menyenarai pendek segmen populasi yang tepat untuk diuji.
"Kita tidak mahu menyenaraikan dua puluh gejala, terutama jika separuh penduduk mempunyai gejala tersebut.
"Kita akan cuba menyeimbangkan sasaran orang yang tepat untuk diuji, jadi ia mesti spesifik," kata Ramirez.
Penambahan tersebut mengesahkan maklumat yang dilaporkan oleh pesakit dan doktor selama beberapa minggu sebelum ini.
Antaranya adalah kehilangan rasa atau bau yang telah dilaporkan oleh sekumpulan doktor telinga, hidung dan tekak Britain pada pertengahan Mac, ketika banyak pihak berasakan gejala itu mungkin tanda awal seseorang dijangkiti COVID-19.
Satu kajian terhadap pesakit COVID-19 di Eropah turut mendapati antara 85.6 hingga 88 peratus pesakit mengalami gejala hilang deria rasa dan bau.
Dalam satu kajian di Iran, 76 peratus pesakit COVID-19 yang melaporkan kehilangan bau memberitahu ia berlaku secara tiba-tiba sebelum gejala lain muncul.
Sementara itu, meskipun tidak disenaraikan di laman web CDC, keletihan melampau juga dilaporkan dialami oleh pesakit sebelum mereka disahkan positif COVID-19.
Agensi
Wed Apr 29 2020
Penambahan enam gejala baharu itu mengesahkan maklumat yang dilaporkan oleh pesakit dan doktor selama beberapa minggu sebelum ini. Gambar fail/ Reuters
Jumlah mangsa di PPS Kelantan dan Terengganu menurun
Dua negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu kembali dilanda banjir dengan bilangan mangsa yang dipindahkan di kedua-dua negeri itu kembali meningkat pada Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar sampaikan Amanat Tahun Baharu 9 malam esok
Amanat Tahun Baharu itu boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan platform media sosial.
Ketua WHO tuntut pembebasan pengarah hospital di Gaza
Tedros Adhanom Ghebreyesus desak agar Pengarah Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, Hussam Abu Safia, dibebaskan dengan serta-merta.
Qatar hantar dua lagi pesawat bantuan ke Syria pasca-Assad
Kementerian Luar Qatar berkata sebuah pesawat yang membawa bantuan teknikal dan kemanusiaan kepada rakyat Syria tiba di Lapangan Terbang Damsyik.
Penumpang Jeju Air batalkan tiket penerbangan susulan nahas maut
Jeju Air Co. mendedahkan bahawa sebanyak 68,000 tempahan penerbangan telah dibatalkan setakat 1 tengah hari.
Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.
Kotak hitam pesawat Azerbaijan Airlines terhempas dihantar ke Brazil
Keputusan telah dibuat untuk menghantar kotak hitam pesawat penumpang Embraer 190, yang terhempas berhampiran Aktau, ke Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik Brazil (CENIPA).
Tumpuan Selasa – 31 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bendera AS kibar separuh tiang di White House, hormati kematian Jimmy Carter
Bendera Amerika Syarikat (AS) dikibar separuh tiang di White House Ahad berikutan pengumuman kematian bekas Presiden AS, Jimmy Carter yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 100 tahun.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Trump ancam kembalikan Terusan Panama kepada AS sekiranya Panama tidak kurangkan caj
Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan AS sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Harga telur di Amerika Syarikat capai rekod tertinggi
Harga telur di seluruh Amerika Syarikat melonjak ke tahap tertinggi tahun ini, didorong oleh wabak selesema burung dan peningkatan permintaan semasa musim cuti, lapor Xinhua.
Lima cedera pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas
Lima orang cedera selepas seorang pemandu trak pikap yang melarikan diri merempuh pusat beli-belah di Killeen, Texas.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
Lelaki maut ditimpa beruang jatuh pokok
Seorang lelaki di Amerika Syarikat maut selepas seekor beruang yang ditembak oleh rakan pemburu terjatuh dari pokok dan menghempapnya.
Amerika Syarikat serah 2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo
Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006.