PENGARAH sebuah hospital di Wuhan, China dilapor berada dalam keadaan kritikal susulan dijangkiti virus COVID-19 yang sudah meragut lebih 1,800 nyawa setakat ini.

Memetik laporan The People’s Daily, Dr Liu Zhiming yang menyandang jawatan Pengarah Hospital Wuchang kini sedang dirawat.

Terdahulu media melaporkan kematian Dr Liu, namun menarik balik berita tersebut setelah dimaklumkan beliau masih bertarung nyawa dan sedang menjalani rawatan rapi di hospital.


Susulan itu, China mengambil langkah mengekang penularan berita palsu termasuk sumber maklumat mengelirukan yang dikeluarkan oleh media tempatan dari wilayah berkenaan.

BACA: COVID-19: Hubei rekod 1,933 kes jangkitan, 100 kematian baharu

BACA: Jururawat positif koronavirus, kembali bertugas di hospital sebaik sembuh

BACA:
Dr Li Wenliang, doktor yang beri amaran tentang koronavirus meninggal dunia