Singapura melaporkan 463 lagi kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 39,850 kes di republik itu.
Data awal setakat tengah hari, menunjukkan terdapat 18 kes dalam komuniti melibatkan lapan warga Singapura atau penduduk tetap manakala 10 lagi pemegang permit kerja.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan, daripada jumlah tersebut, lima daripadanya adalah kontak rapat kepada kes-kes terdahulu dan telah dikuarantinkan.
"Daripada siasatan awal kami, lima lagi kes ditemukan daripada pemantauan dan saringan yang dijalankan terhadap pekerja perkhidmatan penting dan orang yang bekerja di asrama," menurut kenyataan itu dan menjelaskan bahawa siasatan epidemiologi sedang dijalankan terhadap lapan kes yang lain.
Kementerian itu memaklumkan sebahagian besar kes hari ini adalah pekerja asing yang tinggal di asrama.
Berdasarkan data terperinci yang dikeluarkan lewat Khamis, Singapura mengklasifikasikan 1,764 sebagai kes jangkitan dalam komuniti, 580 kes import dan 37,043 kes lagi melibatkan pekerja asing tinggal di asrama.
Secara keseluruhannya, 27,286 kes COVID-19 atau kira-kira 70 peratus daripada 39,387 kes keseluruhan setakat semalam telah dibenarkan keluar dari hospital atau fasiliti komuniti.
Sehingga Khamis, terdapat 227 kes positif yang masih dirawat di hospital dengan dua berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Sementara itu, 11,849 kes yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.
Setakat ini, 25 telah meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di republik itu.
Enam kluster baharu dikenal pasti semalam melibatkan asrama di 15 Kaki Bukit Cresent; 9 Kian Teck Drive; 1A Pioneer Sector Walk; Potong Pasir Avenue 1; 214 Tagore Lane; dan 200A Tuas South Boulevard.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 12 2020

Data awal setakat tengah hari, menunjukkan terdapat 18 kes dalam komuniti melibatkan lapan warga Singapura atau penduduk tetap manakala 10 lagi pemegang permit kerja. - Gambar fail/REUTERS
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

35 calon SPM di Raub telah ditempatkan di asrama
Sebanyak 35 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Raub yang terkesan dengan banjir telah ditempatkan di asrama sejak petang semalam.

12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM
Polis Daerah Tanah Merah melakukan operasi menyelamat pelajar SMU Arab Darul Ulum Jedok yang terkandas selepas pulang dari asrama.

Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat
Kebakaran sekitar jam 10.44 malam itu melibatkan empat buah bilik di tingkat satu asrama terbabit.

'Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa
Abdul Halid merupakan ayah kepada Hafiz Fauzan yang merupakan pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Agama Parit Raja yang dilaporkan hilang pada 25 Mei lalu.

Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.

Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.

PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.

Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.

Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.

Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.