Singapura hari ini mengesahkan tambahan 690 kes baharu jangkitan COVID-19, termasuk enam melibatkan kes dalam komuniti manakala jumlah terbesar dari penghuni asrama pekerja.
Kementerian Kesihatan (MOH) republik ini dalam satu kenyataan memaklumkan, ia masih mengkaji butiran kes berkenaan dan sebarang maklumat terkini akan diumum kemudian hari ini.
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah bagi republik ini 15,641 kes.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat Selasa, MOH menyatakan jumlah kes baharu dalam komuniti telah berkurangan daripada purata 28 kes sehari pada minggu sebelum kepada purata 17 kes sehari pada minggu lepas.
MOH memaklumkan bahawa daripada 528 kes baharu semalam, 83 peratus dikaitkan dengan kluster yang diketahui manakala yang lain masih menunggu hasil pengesanan kontak.
Pada minggu lepas (21-27 April), kementerian memaklumkan ia telah menemui hubung kait bagi 1,203 kes yang tidak dikait sebelum ini.
Kementerian juga menyatakan jumlah kes tidak dikait dalam komuniti juga berkurangan daripada purata 18 kes sehari pada minggu sebelum ini kepada purata 10 kes sehari pada minggu lepas.
Dari jumlah pada Selasa iaitu 14,951 kes, Singapura mengklasifikasi 1,181 sebagai kes komuniti, 571 kes import dan 505 kes melibatkan pemegang permit kerja yang tidak menghuni asrama.
Sementara itu, penghuni asrama membentuk kira-kira 85 peratus atau 12,694 kes.
Menurut kenyataan itu, kebanyakan kes di asrama mempunyai simptom sakit ringan dan tidak seorang pun diletakkan dalam unit rawatan rapi.
Singapura mengenal pasti empat lagi kluster baharu pada Selasa, iaitu 33, Sungei Kadut Loop; 23H, Sungei Kadut Street; 10, Tagore Drive; dan 51H, Tuas South Ave 1.
Kluster terbesar di republik ini ialah S11 Dormitory @ Punggol yang setakad ini mencatatkan 2,302 kes yang disahkan.
Setakad ini, 1,128 pesakit telah pulih sepenuhnya manakala 21 dalam keadaan kritikal dengan menerima rawatan di unit rawatan rapi dan 14 meninggal dunia. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020

Dua rakyat Singapura mengamalkan penjarakan sosial ketika berurusan di kaunter. Negara republik itu merekodkan tambahan 690 kes baharu COVID-19 pada Rabu. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

COVID-19: Singapura catat 690 kes baharu menjadikannya lebih 15,000 kes
Singapura hari ini mengesahkan tambahan 690 kes baharu jangkitan COVID-19, termasuk enam melibatkan kes dalam komuniti manakala jumlah terbesar dari penghuni asrama pekerja.