Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura Mengenai Situasi COVID-19 telah membuat penilaian, dan memutuskan untuk menghentikan terus tempoh pemutus rantaian penularan penyakit itu di negara berkenaan pada 1 Jun ini, sekali gus membenarkan tiga perempat ekonominya untuk kembali beroperasi, dan satu pertiga daripada tenaga kerja kembali bekerja dalam fasa permulaan.
Menteri Kesihatan Singapura Gan Kim Yong pada sidang media maya Pasukan Petugas berkenaan di sini hari ini berkata republik itu kemudiannya akan memulakan pendekatan terkawal bagi menyambung kembali aktiviti dengan selamat dalam tiga fasa bermula 2 Jun bagi mengurangkan risiko gelombang kedua jangkitan, sebagaimana yang dialami banyak negara lain selepas mereka menamatkan langkah-langkah kawalan.
Gan yang juga pengerusi bersama Pasukan Petugas itu mengakui semasa Singapura menyambung semula lebih banyak aktivitinya, ia menjangka tiada peningkatan dalam kes baharu harian akan berlaku, dan kunci utama kawalan adalah untuk mengesan kes baharu dengan pantas dan menghalang peningkatan ketara jumlah kes, atau kemunculan kluster lebih besar.
"Jika kita terus memastikan keadaan sentiasa terkawal, kemudiannya kita akan dapat terus membuka lebih banyak sektor perniagaan dan bergerak ke arah fasa dua," katanya, dan menambah fasa pertama mungkin akan mengamil masa dua tempoh inkubasi.
Dalam tempoh fasa pertama pembukaan, Gan berkata semasa republik itu kembali menggerakkan "aktiviti ekonomi berisiko rendah dan lebih kritikal" lebih ramai poenduduk akan dibenarkan kembali bekerja, manakala sekolah-sekolah juga akan dibuka secara beransur-ansur, dengan penuh waspada.
Sementara itu Menteri Pembangunan Nsional Singapura, Lawrence Wong berkata beberapa sektor perniagaan tidak akan dapat dibuka dalam fasa pertama, antaranya termasuk kedai runcit, dan perkhidmatan peribadi.
"Mereka boleh mula bersedia untuk fasa kedua, tapi di fasa pertama disebabkan risiko selepas penilaian kita, mereka masih perlu menghentikan operasi," kata Wong yang juga pengerusi bersama pasukan petugas itu.
Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi sokongan kepada sektor perniagaan dan juga para pekerja mereka, kerana mereka masih boleh meneruskan perniagaan mereka nanti.
Menurut Wong, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan mengumumkan langkah lebih terperinci yang akan disediakan kerajaan minggu depan, di parlimen pada 26 Mei.
Sementara itu Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Chan Chun Sing berkata dalam fasa pertama, kebanyakan kemudahan pekilangan dan pengeluaran seperti semikonduktor, farmaseutikal, teknologi perubatan, kejuruteraan ketepatan, serta tenaga dan bahan kimia akan dibenarkan untuk disambung semula.
"Bermula 2 Jun, kita jangka kira-kira satu pertiga daripada para pekerja kita akan dapat kembali bekerja di tempat kerja dan juga dari rumah masing-masing. Ini akan membenarkan lebih tiga perempat daripada ekonomi kita kembali beroperasi seperti biasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 19 2020
Republik itu akan memulakan pendekatan terkawal bagi menyambung kembali aktiviti dengan selamat dalam tiga fasa.
Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
AWANI Ringkas: Lelaki dipenjara lima bulan ugut bekas isteri Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizar pecah tradisi, dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.