PANDEMIK COVID-19 telah merebak di seluruh dunia dengan jumlah kes positif melepasi angka empat juta dengan angka korban melebihi 285,000 orang.
Dalam kalangan itu juga tidak terkecuali mereka yang dikenali ramai, termasuk pegawai tertinggi kerajaan, personaliti sukan, dan juga selebriti.
Antaranya ialah pelakon Hollywood Tom Hanks dan isteri, pelakon dan penyanyi Rita Wilson, pelakon Britain Idris Elba, pewaris diraja Britain Putera Charles, penyanyi Pink, dan penyanyi opera Placido Domingo.
Siapa lagi individu ternama yang dijangkiti COVID-19?
Ini senarai pemimpin dan selebriti yang telah dijangkiti COVID-19:
Pemimpin dan pasangan:
Putera Charles: Pewaris diraja Britain, Putera Charles disahkan positif COVID-19 pada 25 Mac di Scotland. Susulan itu, The Duchess of Cornwall, Camilla juga turut melakukan ujian dan didapati negatif COVID-19.
Boris Johnson: Perdana Menteri United Kingdom yang berusia 55 tahun didapati positif COVID-19 pada 27 Mac 2020 selepas mengalami simptom selama beberapa hari.
Sophie Gregoire Trudeau: Isteri Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Sophie Gregoire Trudeau diuji positif COVID-19 pada 12 Mac. Bagaimanapun, gejala yang dialaminya dikategorikan sebagai gejala ringan dan dikenakan tempoh pengasingan diri sehingga disahkan pulih pada 29 Mac.
Olga Lyubimova: Menteri Kebudayaan Rusia didapati positif virus pada 6 Mei. Lyubimova mempunyai gejala ringan namun masih meneruskan tugas dengan bekerja dari rumah, melakukan perbincangan di atas talian, kata setiausaha akhbarnya Anna Usacheva.
Franck Riester: Awal minggu ini, Menteri Kebudayaan Perancis memberitahu bahawa dia hanya kekal berada di rumahnya di Paris setelah disahkan positif COVID-19. Untuk itu, Perancis melakukan penutupan sebahagian kawasan bagi memeriksa penyebaran COVID-19.
Golongan selebriti:
Tom Hanks and Rita Wilson: Bintang ternama Hollywood, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson disahkan positif jangkitan COVID-19. Kedua-dua pelakon itu dijangkiti virus pembunuh berkenaan ketika berada di set penggambaran sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan legenda rock 'n roll, Elvis Presley di Australia.
Olga Kurylenko: Pelakon Perancis yang membintangi filem James Bond "Quantum of Solace" mengumumkan dirinya positif COVID-19 pada 15 Mac selepas menjalani ujian saringan.
Idris Elba: Pelakon terkemuka Hollywood Idris Elba mengesahkan beliau positif jangkitan COVID-19. Dalam satu muat naik di laman Twitter, bintang dari United Kingdom itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak mengalami sebarang simptom.
Daniel Dae Kim: Aktor yang popular menerusi drama bersiri penyiasatan Hawaii Five-O, Daniel Dae Kim disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Kim menerusi akaun Instagramnya pada 19 Mac.
Pink: Pada 3 April, penyanyi popular Hollywood, Pink mendedahkan dia dan anak lelakinya, Jameson telah disahkan positif COVID-19. Namun selepas membuat ujian kali kedua, dia dan Jameson telah mendapat keputusan negatif dan sembuh dari jangkitan virus tersebut.
Golongan atlet dan jurulatih pasukan:
Kenny Dalglish: Legenda Liverpool Kenny Dalglish didapati positif COVID-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit berkenaan, kata keluarganya.
Mikel Arteta: Pada 12 Mac, pengurus kelab Arsenal, Mikel Arteta menjadi yang pertama dalam Liga Perdana Inggeris diuji positif COVID-19.
Paulo Dybala: Penyerang bola sepak Juventus dan Argentina telah diuji positif COVID-19 meskipun tidak mempunyai sebarang gejala.
Blaise Matuidi: Pemain tengah Juventus dan Perancis disahkan positif, lapor kelab Serie A yang berpangkalan di Turin dalam satu kenyataan pada 17 Mac.
Jason Collins: Pada 24 Mac, Collins, yang bermain 13 musim Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) dari tahun 2001 hingga 2014 dan telah menghabiskan tujuh tahun lebih bersama Brooklyn Nets.
Dalam ratusan ribu angka yang terkorban akibat pandemik itu, ada juga insan dari industri seni, dunia bola sepak dan pemimpin yang meninggal akibat COVID-19.
Personaliti/ individu terkenal yang disahkan meninggal dunia akibat COVID-19:
Alan Merrill: Penulis bersama dan penyanyi asal lagu "I Love Rock 'N' Roll", Alan Merrill meninggal dunia pada 69 tahun akibat jangkitan COVID-19 pada 29 Mac.
Dolors Sala Carrio: Ibu kepada jurulatih kelab bola speak Manchester City, Pep Guardiola meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas dijangkiti COVID-19.
Antonio Vieira Monteiro: Pengerusi unit Portugis Santander, bank terbesar di Sepanyol, menjadi mangsa korban kedua COVID-19 di Portugal selepas meninggal dunia akibat COVID-19 pada 18 Mac.
Ken Shimura: Pelawak terkenal Jepun, Ken Shimura dilapor meninggal dunia di sebuah hospital di Tokyo akibat COVID-19 pada petang 30 Mac. Ken meninggal dunia pada usia 70 tahun, lapor stesen berita NHK.
Pape Diouf: Bekas presiden kelab bola sepak Perancis Olympique de Marseille di antara tahun 2005 hingga 2009 meninggal dunia kerana COVID-19 pada 31 Mac di Senegal, di mana dia memegang dua kerakyatan.
Faris Danial Razi
Mon May 11 2020
Putera Charles, Tom Hanks, Idris Elba, Kenny Dalglish, Ken Shimura antara individu ternama yang dijangkiti COVID-19.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
Tak sedar aksi dirakam, penyampai BBC mohon maaf kepada penonton
Seorang penyampai berita saluran BBC memohon maaf atas selepas tidak sengaja menunjukkan jari tengah ketika mula bersiaran di televisyen.
Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong
Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan kepada kerjaya politik bekas Perdana Menteri itu.
Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".
Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen
Bekas Perdana Menteri itu akui sedih apabila mengambil keputusan letak jawatan.
Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson
Hakim memberi tempoh sehingga Khamis, menyerahkan mesej dari aplikasi WhatsApp dan diari Johnson sebagai sebahagian daripada siasatannya.
Pengerusi BBC letak jawatan selepas laporan beliau terlibat dalam pinjaman untuk Boris Johnson
Pengerusi BBC Britain meletak jawatan pada Jumaat berikutan laporan yang mendapati beliau melanggar kod kerajaan.
'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson
Boris Johnson menafikan beliau sengaja mengelirukan Dewan Rakyat dalam skandal parti di pejabat Downing Street.
Boris Johnson dipilih bertanding di Uxbridge, bagi pilihan raya umum akan datang
Pilihan raya umum akan datang di United Kingdom dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada Januari 2025.
PM UK: Boris Johnson tarik diri, Rishi Sunak calon kegemaran
Percubaan kali pertama Sunak ialah pada musim panas lalu berikutan peletakan jawatan Johnson, tetapi kalah kepada Liz Truss, yang meletak jawatan Khamis lalu.
Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM
Beliau memutuskan bahawa ia adalah satu keputusan yang tidak wajar untuk berbuat demikian pada masa ini.