Thailand, negara pertama yang melaporkan kes COVID-19 di luar China, menjangkakan vaksin yang dibangunkannya sedia untuk digunakan menjelang tahun depan.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata vaksin yang dibangunkan dengan kaedah messenger RNA itu menunjukkan keputusan memberangsangkan menerusi ujian ke atas tikus.
"Vaksin itu dijangka diuji ke atas monyet minggu depan.
"Perdana Menteri Jen. Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan agensi berkaitan mempercepatkan proses ... harapnya Thailand akan menjadi antara negara pertama yang menghasilkan vaksin yang sedia untuk digunakan," katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19 pada Rabu.
Vaksin itu dibangunkan secara bersama oleh Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin Universiti Chulalongkorn, Institut Vaksin Kebangsaan dan Jabatan Sains Perubatan.
Dilaporkan setakat ini lebih 100 vaksin berpotensi untuk COVID-19 telah dibangunkan di seluruh dunia.
Sementara itu, Thaweesilp berkata Thailand kekal merekodkan kes baharu dalam satu digit dan tiada kematian baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam lepas.
Katanya hanya satu kes dilaporkan iaitu cef warga Thai berusia 45 tahun yang baru kembali dari Bahrain.
Kes baharu itu menjadikan kes kumulatif positif COVID-19 di Thailand sebanyak 3,034 kes dengan kematian kekal 56.
Beliau berkata pesakit yang masih dirawat di hospital ialah 90 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 20 2020
Vaksin yang dibangunkan dengan kaedah messenger RNA itu menunjukkan keputusan memberangsangkan menerusi ujian ke atas tikus. - Reuters
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak
Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada sekurang-kurangnya 95 orang
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.
8 maut, 15 cedera dalam kebakaran pasar di Hebei, utara China
Lapan maut dan 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah pasar di Daerah Qiaoxi, Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei, utara China, pada Sabtu.
Tiada kes HMPV dilaporkan di Indonesia
Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan tiada kes Human Metapneumovirus (HMPV) yang kini merebak di China, dikesan di negara itu.
China jangka 9 bilion trip antara wilayah semasa musim puncak perayaan Tahun Baharu Cina
Angka ini diunjurkan meningkat tujuh peratus daripada musim puncak perjalanan perayaan tahun lepas dan berpotensi mencatat rekod tertinggi.
Malaysia diminta tangguh sementara eksport produk sarang burung walet ke China
Keputusan itu selaras dengan Protokol bagi Eksport Produk Sarang Burung dari Malaysia ke China.