Umat Islam di wilayah Songkhla di selatan Thailand semalam menunaikan solat Jumaat pertama selepas larangan pada 27 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.
Hampir 400 umat Islam di Pekan Chana, Songkhla menunaikan solat Jumaat di Masjid Nuruddin Chana yang berlangsung selama kira-kira 20 minit. Khutbah disampaikan pentadbir sebuah sekolah swasta di Chana, Abdul Fattah Yahya.
Khatib Masjid Nuruddin Chana, Muhamad Husin berkata semua jemaah yang menunaikan solat Jumaat semalam diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut, menjalani saringan suhu badan dan menggunakan cecair pencuci tangan sebelum memasuki masjid dan bagi mereka yang suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius tidak dibenarkan solat di masjid.
"Selain itu, umat Islam yang solat di masjid perlu mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing-masing. Mereka perlu mengamalkan jarakan sosial 1.5 hingga 2 meter," katanya kepada Bernama.
Pada 3 Mei lepas, Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon mengumumkan bahawa umat Islam di Songkhla dibenarkan menunaikan solat Jumaat.
Majlis Agama Islam di setiap wilayah dan iman di masjid serta surau perlu berbincang dan mendapatkan kebenaran dari gabenor untuk melakukan solat Jumaat.
Bagaimanapun, aktiviti solat tarawih secara berjemaah dan berbuka puasa di masjid dan surau dilarang.
Setakat ini, wilayah-wilayah majoriti Islam yang lain di Selatan Thailand - Pattani, Yala dan Narathiwat masih dilarang menjalani solat Jumaat berikutan kes COVID-19 di wilayah berkenaan masih tinggi. Ketiga-tiga wilayah ini diberi tempoh dua minggu untuk pemantauan.
Sehingga semalam, Thailand mencatatkan 3,000 kes COVID-19 dengan 55 kematian. Di Yala, sebanyak 122 kes dilaporkan, Pattani (79), Songkhla (44), Narathiwat (25).
Thailand telah mengumumkan perintah darurat dilanjutkan sehingga 31 Mei bagi menangani penularan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 08 2020
Hampir 400 umat Islam di Pekan Chana, Songkhla menunaikan solat Jumaat di Masjid Nuruddin Chana yang berlangsung selama kira-kira 20 minit. - Foto Facebook Masjid Nuruddin Chana
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Tradisi berbuka puasa ala era 70-an gamit nostalgia makan setalam
Kira-kira 80 penduduk bekerjasama memasak juadah tradisional dan kuih-muih yang disediakan sejak awal pagi.
Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
Sultan Selangor, Anwar berbuka puasa bersama rakyat
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Beli air keladi ‘percuma’ bangkai cicak
Dia terkejut apabila mendapati haiwan spesies reptilia itu berada dalam plastik minuman berkenaan yang pada awalnya disangkakan cincau.
Cipta kelainan berbuka puasa di sawah padi
Penanam padi di Hulu Besut mencipta kelainan dengan menjadikan kawasan sawah padi sebagai lokasi untuk majlis berbuka puasa sambil menikmati keindahan pemandangan tanaman padi pada waktu senja.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Santai berbuka puasa tepi Sungai Pahang
Lokasi berkenaan yang berhampiran Bazar Ramadan Lurah Semantan memberikan kemudahan untuk pengunjung mendapatkan menu kegemaran.
Program iftar tarik 300 peserta bukan Muslim
Berada lebih setahun di Malaysia mengajar Olivia lebih mendalam mengenai masyarakat pelbagai kaum dan perbezaan budaya.
Berbuka puasa atas bot nikmati keindahan Drawbridge
Berbuka puasa di atas bot sambil menikmati pemandangan berhampiran Jambatan Angkat (Drawbridge) menjadi tarikan baharu kepada orang ramai apabila mengunjungi Terengganu ketika bulan Ramadan.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Masjid Bandar Universiti
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Bandar Universiti di sini, yang juga dikenali sebagai Masjid Hijau.