PIHAK berkuasa Amerika Syarikat (AS) mula membenarkan penggunaan ubat Remdesivir yang masih dalam kajian untuk merawat pesakit COVID-19 semasa kecemasan.
Ini merupakan ubat pertama yang didapati telah membantu sebilangan pesakit untuk pulih dengan cepat ketika angka kematian akibat pandemik itu telah membunuh lebih 237 ribu orang di seluruh dunia.
Pengumuman mengenainya dibuat Presiden AS, Donald Trump di White House
Jelasnya, kebenaran bagi penggunaan ubat itu dibuat Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika (FDA).
“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Gilead kini mempunyai EUA (kebenaran penggunaan kecemasan) dari FDA untuk ubat Remdesivir dan anda tahu ia adalah kerana ia mendapat banyak perhatian juga di surat khabar dan media sejak akhir ini serta merupakan rawatan yang penting untuk merawat pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital.
“Ini sesuatu yang saya bincangkan bersama dengan Dr Stephen Hahn (Pesuruhjaya FDA) dan Dr Fauci. Saya juga berbincang bersama Dr Debra Birx mengenainya.
“Ini adalah situasi yang menyakinkan. Kami telah bekerjasama dengan pasukan di FDA, NIH dan Gilead untuk menerajui perkongsian awam-swasta untuk melaksanakannya dengan cepat,” katanya.
Kata Trump, pengumuman itu dibuat selepas kajian awal menunjukkan ubat Remdesivir memendekkan waktu pemulihan sehingga 31 peratus atau purata kira-kira empat hari bagi pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital.
Kajian ke atas 1,063 pesakit yang diberikan ubat Remdesivir menunjukkan, purata pesakit dibenarkan keluar dari hospital adalah 11 hari, berbanding 15 hari sebelum ini, untuk pesakit rawatan biasa.
Ubat ini juga dilaporkan dapat mengurangkan kematian, namun kajian menyeluruh belum dibuat mengenainya.
Ubat Remdesivir dihasilkan syarikat farmaseutikal AS, Gilead Sciences itu bagaimanapun masih lagi belum menerima kelulusan rasmi bagi penggunaannya.
Astro Awani
Fri May 01 2020

Jelas Trump, kebenaran bagi penggunaan ubat itu dibuat Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika (FDA). - AP Photo/Alex Brandon

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.