INDONESIA digesa oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menghentikan penggunaan ubat malaria sebagai rawatan COVID-19 kerana bimbang dengan keselamatan ubat tersebut.
Lapor Reuters, Indonesia yang merupakan antara negara paling giat menyokong penggunaan ubat malaria, telah menerima surat notis daripada WHO berhubung dua ubat malaria, chloroquine dan hydroxchloroquine bagi merawat koronavirus.
Namun, kata seorang sumber yang tidak ingin dinamakan, notis tersebut masih belum dimaklumkan kepada umum dan sebaliknya hanya telah disebarkan kepada petugas kesihatan.
Erlina Burhan, seorang doktor yang bantu menyediakan garis panduan rawatan COVID-19 sebagai ahli Persatuan Pakar Pulmonologi Indonesia, mengesahkan bahawa persatuan itu turut menerima nasihat baharu daripada WHO berhubung pemberhentian ubat tersebut.
“Kami telah membincangkan isu-isu berkenaan dan masih ada lagi pertikaian. Kami masih tidak capai kata sepakat,” kata Erlina kepada Reuters.
Indonesia telah meningkatkan pengeluaran ubat berkenaan sejak Mac termasuk memberi lebih 20 lesen kepada pengeluar tempatan.
BACA: Hydroxychloroquine tidak mampu sekat jangkitan COVID19
BACA: COVID-19: Malaysia masih guna ubat 'hydroxychloroquine' untuk rawat pesakit
BACA: COVID-19: Bimbang risiko, WHO gantung penggunaan hydroxychloroquine
Minggu lalu, laporan komprehensif oleh jurnal perubatan Lancet mendapati pesakit koronavirus yang dirawat menggunakan ubat-ubat malaria itu lebih berisiko untuk mengalami kesan pada denyutan jantung serta risiko kematian lebih tinggi.
Pada Isnin, WHO umum akan menggantungkan penggunaan hydroxychloroquine bagi pesakit COVID-19 dalam ujian klinikal global.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis menegaskan bahawa Malaysia masih lagi menggunakan ubat tersebut bagi merawat pesakit COVID-19, namun secara berhati-hati.
Astro Awani
Thu May 28 2020
![COVID-19: WHO gesa Indonesia henti rawatan guna ubat malaria COVID-19: WHO gesa Indonesia henti rawatan guna ubat malaria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590641165_TBhydroxychloroquin.jpg)
Seorang ahli farmasi menunjukkan ubat hydroxychloroquine, yang diambil Presiden AS Donald Trump dan digunakan dalam rawatan COVID-19, di sebuah farmasi di Provo, Utah, AS, 27 Mei, 2020. REUTERS
![K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738798311_TBlemas.jpg)
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
![Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
![Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Jenayah: Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Tiga pemandu van sekolah ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di kawasan parkir di hadapan Plaza Flamingo, Hulu Kelang, Ampang Jaya pada 29 Jan lepas.
Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 29 tahun itu yang juga kenalan mangsa ditahan di lokasi kejadian kira-kira 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 29 tahun itu yang juga kenalan mangsa ditahan di lokasi kejadian kira-kira 8.30 malam.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata dua anjing pengesan itu, Lady dan Grouse dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh pasukan penyelamat di air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Dewan Rakyat: Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus hari ini
Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani isu geopolitik dan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![COVID-19: WHO gesa Indonesia henti rawatan guna ubat malaria COVID-19: WHO gesa Indonesia henti rawatan guna ubat malaria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590641165_TBhydroxychloroquin.jpg)
COVID-19: WHO gesa Indonesia henti rawatan guna ubat malaria
Indonesia dilaporkan telah menerima surat notis daripada WHO yang menggesa agar rawatan ubat malaria untuk COVID-19 dihentikan.
![Sekadar sindiran... - Trump nafi cadang suntikan pembasmi kuman rawat COVID-19 Sekadar sindiran... - Trump nafi cadang suntikan pembasmi kuman rawat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51587783117_TBTRUMP.jpg)
Sekadar sindiran... - Trump nafi cadang suntikan pembasmi kuman rawat COVID-19
Pada Khamis, beliau mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh pakar sains dan perubatan sebagai rawatan koronavirus.
![Lelaki maut akibat ambil chloroquine untuk cegah COVID-19 Lelaki maut akibat ambil chloroquine untuk cegah COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81585058912_lab.jpg)
Lelaki maut akibat ambil chloroquine untuk cegah COVID-19
Pasangan suami isteri di Arizona itu mengambil chloroquine selepas Presiden Trump mendakwa bahan berkenaan mampu mencegah COVID-19.