Bukan hanya pelajar, tunjuk perasaan aman itu turut disertai ibu bapa dan golongan pendidik.

Mereka bertindak menyilangkan tangan pada dada masing-masing. Dua lagi menyelimuti tubuh dengan bendera AS sementara seorang lagi membawa kad bertulis “Adakah saya selepas ini?”
Suspek Nikolas Cruz, 19 tahun, bekas pelajar di Marjory Stoneman Douglas High School ditahan tanpa dibenar ikat jamin di penjara Broward County. Dia didakwa atas 17 tuduhan bunuh.