DATUK Bandar Washington DC Muriel Bowser mengkritik reaksi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas protes yang berlaku di seluruh AS.
Bercakap pada satu sidang media pada Ahad, Bowser berkata, Trump sebagai presiden bertanggungjawab seharusnya mengekalkan keamanan di negara itu.
"Saya rasa presiden ada peranan untuk dimainkan di peringkat nasional, iaitu untuk menenangkan ketegangan yang terjadi di beberapa bandar utama di Amerika.
"Paling tidak pun, saya rasa, beliau tidak sepatutnya mencetuskan keganasan. Itu yang kita jangkakan dari beliau," katanya.
Trump sebelum ini menggesa pihak berkuasa untuk lebih tegas melawan penunjuk perasaan yang memprotes kematian lelaki kulit hitam, George Flyod, akibat keganasan polis.
Antara lain Trump menggesa datuk bandar dan gabenor kawasan yang menyaksikan protes bertukar ganas mengawal keadaan atau akan menggunakan tentera, senjata dan anjing ganas ke atas penunjuk perasaan.
Tunjuk perasaan diadakan di serata AS turut meluahkan kemarahan penduduk ke atas keganasan yang digunakan polis ke atas etnik minoriti selama ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menggesa agar warganya menolak diskriminasi warna kulit dan saling hormat menghormati.
Trudeau membuat kenyataan berkenaan pada sidang akhbar hariannya sambil menekankan bahawa perkauman adalah sangat nyata dan wujud di AS dan Kanada.
"Kita mahu masyarakat untuk berdiri bersama, menentang diskriminasi. Saling ada untuk satu sama lain dan saling hormat menghormati.
"Juga, harus faham, kita ada perkara yang harus dilakukan di Kanada, di dalam sistem kita, yang perlu dilakukan untuk maju ke hadapan.
“Saya menyeru kepada semua rakyat Kanada, sama ada yang anti-kulit hitam atau anti-Asia atau apa-apa jenis diskriminasi, untuk memperteguhkan solidariti, sentiasa membantu antara satu sama lain.
"Juga, perlu sedar, begitu ramai yang terkesan selepas menyaksikan berita sejak beberapa hari lalu,” katanya.
Astro Awani
Mon Jun 01 2020

Menurut Bowser, (gambar) Trump sebagai presiden bertanggungjawab mengekalkan keamanan di negara itu. (Foto AP)

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.

Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,

Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.

Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.

AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.

Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.

Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.