Kempen Hillary Clinton dan Donald Trump untuk menjadi presiden Amerika Syarikat ke-45 semakin hangat dan diteruskan dengan debat presiden pusingan kedua hari ini.
Bagi kem Demokrat, mereka mahu Clinton meneruskan persembahan baik yang ditunjukkan dalam debat pusingan pertama.
Trump pula berhadapan tugas mencabar selepas kontroversi terbaharu yang mendedahkan videonya pada tahun 2005 yang menggunakan kata-kata lucah dalam menceritakan tindakan seksualnya ke atas wanita.
Namun bagaimana debat ini berbeza dengan pusingan pertama yang berlangsung 29 September lalu?
1- Format town hall lebih terbuka
Format ini membolehkan orang awam mengemukakan soalan kepada calon sama ada melalui wakil di pentas mahupun di laman sosial seperti Facebook atau agensi tinjauan seperti Gallup.
Calon juga bebas bergerak di pentas ketika berdebat dan tidak perlu berdiri statik di belakang rostrum. Ruang ini menjadikan calon lebih terdedah dan bahasa badan mereka lebih mudah dibaca.
Clinton tampak lebih berkarisma di pentas terbuka dan duduk di kerusi yang disediakan dengan tenang apabila tiba giliran Trump berucap.
Trump sebaliknya lebih banyak mundar-mandir di sekitar pentas ketika Clinton berucap bahkan beberapa kali berdiri dan seolah-olah mengintai di belakang pihak lawannya.
2- Trump lebih tenang
Pusingan kedua menampilkan Donald yang lebih tenang dan berdisiplin. Tiada lagi amukan rambang dan kekerapan mencelah yang melampau.
Malang bagi kem Demokrat, Clinton seperti terikut-ikut dengan rentak tersebut dan tidak tampil agresif untuk menyerang kempen Trump yang semakin lemah selepas dikritik hebat pemimpin parti sendiri seperti John McCain, Mitch McConnell, dan Paul Ryan.
3- Lebih banyak serangan peribadi
Apabila Trump dan Clinton memecah tradisi debat presiden dengan tidak bersalaman sebelum mula berdebat, para penonton sudah dapat menjangka bahawa debat kali ini lebih bersifat peribadi.
“Selepas debat pertama, kita lihat dia (Trump) menghina bekas Miss Universe dengan kata-kata dahsyat selama seminggu. Jadi benarlah ini Donald Trump yang sebenar,” jawab Clinton ketika ditanya mengenai cara Trump melayan wanita.
Malah, serangan Clinton masih membara sehingga ke hujung debat apabila salah seorang penonton meminta calon menyatakan ciri positif yang disukai pada pihak lawan.
Clinton tidak memuji Trump, sebaliknya menzahirkan rasa hormatnya kepada anak-anak Trump yang berjaya dan ‘ini membuktikan sesuatu tentang Trump’.
Trump tidak ketinggalan menyentuh isu peribadi dengan membangkitkan semula tuduhan serangan seksual ke atas suami calon Demokrat yang juga bekas Presiden, Bill Clinton.
Malah, Trump turut membawa bersama empat orang wanita yang mendakwa pernah dirogol atau dicabul oleh Clinton untuk duduk bersama-sama dengan keluarga dan penyokong Trump di hadapan pentas.
4- Moderator lebih tegas, berkesan
Tindakan penganjur memilih Anderson Cooper dari CNN dan Martha Raddatz (ABC News) sememangnya tepat.
Berbanding Lester Holt yang nyata lemah dan tidak mampu mengawal calon dan penonton, kedua-dua moderator ini tegas dan cekap mengawal perdebatan.
Mereka tidak membiarkan mana-mana calon melebihi masa yang ditetapkan untuk menjawab soalan malah turut mendesak calon menjawab soalan dengan tepat jika jawapan yang diberi tersasar.
5- Polisi alam sekitar, DAISH diberi perhatian
Isu polisi tenaga dan alam sekitar yang tidak disentuh dalam debat pusingan pertama (dan debat naib presiden) akhirnya diberi perhatian.
Clinton jelas mahu membangunkan sektor tenaga alternatif, namun jawapan Trump untuk mengurangkan peraturan ketat berkenaan alam sekitar bagi membangunkan semula industri arang batu mampu membujuk pengundi terutamanya golongan pekerja dalam industri tersebut
Isu Syria turut diberi tumpuan. Clinton mengecam tindakan Russia di bawah telunjuk Putin yang membantu kerajaan Basyar al-Assad menyerang pemberontak namun mengorbankan orang awam, serta mahu kedua-dua pemimpin disiasat atau tuduhan jenayah perang.
Trump bagaimanapun mengingatkan penonton bahawa kerajaan Syria dengan bantuan Russia juga menyerang kubu DAISH yang juga merupakan musuh AS.
Debat presiden AS pusingan ketiga akan berlangsung pada 19 Oktober.
Nizam Bakeri
Mon Oct 10 2016

Format town hall membolehkan calon berucap sambil berjalan di pentas - Foto REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

AS Memilih: Joe Biden mahu tumpu perkukuh perpaduan rakyat
Calon Demokrat, Joe Biden yang dilaporkan menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 menyifatkan kemenangan itu sebagai usaha menyatukan rakyat negara itu.

Kamala Harris wanita pertama jadi Naib Presiden AS
Kamala Harris menjadi wanita kulit hitam pertama yang terpilih sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat.

AS Memilih: Joe Biden sah Presiden Amerika Syarikat ke-46
Memetik laporan AP, kerusi terakhir yang dimenang Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.

"Donald harus tangani isu baran, sila bertenang" - Greta Thunberg
Aktivis Alam Sekitar, Greta Thunberg meminta Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bertenang dan menangani sifat barannya.

AS Memilih: Joe Biden mendahului dengan 264 undi elektoral, Trump 214
Selain negeri yang dimenangi Hillary Clinton pada 2016, Biden turut dilapor menang di dua negeri baharu, Wisconsin dan Michigan.

AS Memilih: Pengiraan undi pos di Pennsylvania masih berlangsung
Tinjauan mendapati, pekerja dan pemerhati pusat mengundi dilihat masih bekerja keras dalam proses pengiraan paling panjang di Pilihan Raya Presiden kali ini.

COVID-19 adalah 'penipuan' - Trump
Presiden Donald Trump menggambarkan koronavirus COVID-19 sebagai satu penipuan oleh Parti Demokrat untuk memburukkan pentadbirannya.

Guru di Amerika terima nota - 'ikat tudung di leher dan gantung dirimu'
Seorang guru beragama Islam di sekolah tinggi Georgia mendakwa seseorang meninggalkan sekeping nota tanpa nama di bilik darjah pada Jumaat.

Debat presiden AS pusingan kedua: Apa yang berbeza?
Berbanding pusingan pertama, debat kali ini menampilkan format berlainan dan kedua-dua calon bertembung sengit dalam isu peribadi.

Pentingkah jawatan naib presiden AS atau sekadar 'sebekas air kencing suam'?
Benarkah naib presiden tidak mempunyai kuasa penting dan hanya berfungsi sebagai gandingan presiden semata-mata?