Pejabat Tertinggi Punjab mengutuk pentadbiran polis yang disifatkan lambat bertindak dan menyalahkan kerajaan kerana gagal melindungi kanak-kanak.

Kecaman menyusul selepas pesalah laku jenayah itu mengaku merogol dan membunuh Zainab Ansari, 7 tahun, serta melakukan sekurang-kurangnya tujuh lagi pembunuhan lain selepas ribuan protes berlangsung di seluruh negara itu.



"Selepas mengumpulkan 1,150 DNA, suspek berjaya dikenal pasti dan DNAnya 100 peratus sepadan dengan sampel yang diambil dari lokasi jenayah.”

"Suspek, Imran Ali, berusia 24 tahun, ditahan di Kasur,” ujar Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif dalam sidang media yang diadakan di Lahore pada Selasa.

Selain Zainab, Imran juga mengaku melakukan tujuh pembunuhan lain termasuk Iman Fatima (kiri) dibunuh pada Februari 2017. Gambar fail

Suspek yang diklasifikasikan sebagai pembunuh bersiri itu, berjaya ditahan di sebalik kebangkitan rakyat yang berang terhadap pembunuhan tersebut.

Awal bulan ini, Zainab Ansari, kanak-kanak 7 tahun itu diserang, dirogol dan dibunuh ketika pulang dari mengaji.

0700PAKISARREST2401V

Menurut Shabaz lagi, Imran tidak diwakili peguam.

BACA: Salah tembak: Polis Pakistan siasat dakwaan suspek rogol, bunuh masih bebas

BACA: Suspek rogol bunuh Zainab ditahan, bapa mahu 'binatang' itu dihukum mati


Dalam pada itu, bapa Zainab, Mohammed Amin Ansari, menyatakan berpuas hati dengan hasil siasatan terhadap kes anaknya itu.

“Kejayaan ini (menahan suspek) disebabkan usaha peribadi ketua menteri dan usaha dari semua agensi penguatkuasaan undang-undang. Terima kasih kepada semua, “ ujarnya yang turut hadir dalam sidang media tersebut.


Kematian Zainab mencetuskan kemarahan rakyat dan protes di seluruh negara yang menuntut pembelaan. Gambar fail