Seorang wanita di Guinea yang mengaku dirinya seorang dukun dan membuatkan kira-kira 700 wanita percaya bahawa mereka telah hamil, ditahan oleh pihak berkuasa.
Menurut laporan BBC, dukun tersebut, N’na Fanta Camara, memperdaya wanita yang sukar untuk hamil dengan memberikan mereka ramuan campuran herba dan ubat-ubatan. Ramuan itu akhirnya membuatkan perut menjadi kembung, sekali gus membuatkan mereka percaya bahawa mereka sedang mengandung.
Ratusan mangsa Camara itu berusia antara 17 hingga 45 tahun.
Seorang sumber memberitahu, untuk ‘pertolongan’ itu, mangsa dikenakan bayaran berjumlah AS$33 (RM130), sedangkan golongan yang terpedaya itu secara purata mendapat pendapatan hanya AS$48 (RM190) sebulan.
“Sudah setahun sejak saya bertemu dengannya untuk mendapatkan ramuan tersebut. Pada awalnya, dia memberi saya ubat-ubatan daun herba yang membuatkan kami muntah.
“Dia bagaimanapun meyakinkan kami bahawa ia selamat dan bagus untuk kesihatan.
“Semakin lama kami minum ramuan itu, perut kami jadi kembung. Kami kemudiannya akan merujuk kepadanya. Dia akan menyentuh perut kami dan mengisytiharkan kami mengandung,” kata seorang mangsa.
Bagaimanapun, selepas diperiksa oleh doktor, kesan fizikal perut yang disangka hamil itu sebenarnya komplikasi dalaman akibat kandungan ramuan Camara yang memudaratkan.
Ketika disoal siasat oleh polis, Camara mendakwa tujuan utama di sebalik perbiatannya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.
Ironinya, dia menipu orang ramai hingga mendapat untung ribuan dolar setiap bulan, manakala mangsanya pula menderita akibat kemiskinan dan naik berat badan mendadak.
Akibat terlalu marah dengan penipuan Camara, 200 wanita berkumpul di balai polis tempat ‘dukun’ itu ditahan, demi mendapatkan keadilan.
Kes itu juga sudah tular ke seluruh Afrika dan rantau berdekatan, dengan gambar perut mangsa yang menderita dipamer dan menjadi bualan umum.
Di Afrika, majoriti wanita masih bergantung pada kaedah tradisional dalam urusan harian khususnya hal-hal perubatan.
Agensi
Sun Jan 21 2018
Antara gambar dipercayai mangsa Camara yang akhirnya memunculkan diri kepada pihak berkuasa dan media untuk mendapat keadilan. - Sumber: Media sosial
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.