Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Ahad berkata pemimpin Korea Utara KIm Jong-un, yang sebelum ini dipanggil sebagai ‘si bodoh’, kini adalah ‘wira untuk semua orang’.
Beliau berkata demikian setelah Jong-un berikrar untuk bekerjasama dengan Seoul dalam usaha menghapuskan nuklear sepenuhnya di Semenanjung Korea, lapor Reuters.
Duterte berkata, jika dia berpeluang bertemu Jong-un, dia akan ‘mengucapkan tahniah’ kepadanya kerana dia kini sudah menjadi idolanya.
“Saya akan katakan padanya, ‘saya menyanjungi anda, kerana anda tahu apa yang anda lakukan’.”
"Selama ini, beliau digambarkan sebagai ‘budak jahat’ dalam komuniti antarabangsa. Hanya dengan satu langkah, beliau kini jadi wira semua orang,” ujar Duterte apabila diminta mengulas mengenai pertemuan bersejarah antara Jong-un dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in.
Duterte baru saja pulang dari menghadiri sidang kemuncak ASEAN di Singapura.
“Beliau kelihatan peramah, mesra dan sangat sedia membantu,” ujar Duterte.
BACA: Kim Jong Un tinggalkan bumi Korea Utara buat pertama kali dalam sejarah sejak memerintah
BACA: Korea Utara komited mahu hapus nuklear - Beijing
BACA: Korea Utara hentikan program senjata nuklear, peluru berpandu
BACA: Korea Selatan hentikan siaran propaganda di sempadan Korea Utara
Sebelum ini, Duterte beberapa kali mengkritik Jong-un berkaitan cita-cita nuklearnya. April tahun lalu, Duterte mempertikai kewarasan Jong-un dan mendesak Amerika Syarikat supaya terus memberi tekanan dan tidak termakan provokasi Pyongyang.
Beberapa bulan kemudian, Duterte menggelar Jong-un sebagai ‘si bodoh’ yang suka ‘bermain dengan permainan berbahaya’.
Pada Jumaat, Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju untuk membentuk semenanjung yang bebas nuklear dalam satu rundingan bersejarah.
"Jong-un boleh menganggap saya sebagai kawannya. Kesannya sangat nyata. Tekanan kini berkurangan di Semenanjung Korea.
"Mungkin kita dapat menghindari peperangan, yang tiada sesiapa boleh menang," ujar Duterte.
Agensi
Mon Apr 30 2018

DUTERTE: Hanya dengan satu langkah, Jong-un kini wira semua orang.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ketua PBB seru kemajuan muktamad ke arah penyelesaian dua negara, gencatan senjata di Gaza
Guterres menekankan keperluan mendesak untuk mencapai keamanan dan kestabilan di Asia Barat.

Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi
Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat.

Maharaja Jepun harap 2025 menjadi tahun didedikasi untuk bina keamanan
Baginda turut menekankan bahawa 2025 akan menandakan ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.

Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.

Khaled, Marles ulangi kebimbangan terhadap perkembangan di Laut China Selatan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menekankan kepentingan kebebasan pelayaran dan penerbangan mengikut undang-undang antarabangsa.

Iran pilih keamanan tetapi sedia untuk sebarang senario - Menteri Luar
"Perluasan konflik di rantau ini adalah ancaman serius; kami menyokong keamanan, tetapi kami juga bersedia untuk sebarang senario."

'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.

Ketua tentera Myanmar seru pulihkan keamanan untuk tarik semula pelancong
Ketua tertinggi tentera Myanmar meminta pengusaha pelancongan untuk mempromosi pelancongan yang selamat dengan tema "Pelancongan dan Keamanan".

Malaysia komited untuk memudah cara dialog damai di Selatan Thailand
Malaysia komited bekerjasama dengan Thailand dan semua pihak yang terlibat dalam mencari penyelesaian yang berkekalan dan diterima oleh semua pihak.