BEBERAPA pintu masuk negara Asia yang menerima kunjungan dari China mula mengetatkan pemeriksaan terhadap pelawat dari Wuhan, ekoran penularan wabak radang paru-paru dan pernafasan misteri di sana.
Ini berikutan timbul 59 kes radang paru-paru berpunca virus (viral pneumonia) di kota itu yang merupakan ibu kota Wilayah Hubei, di tengah China.
Dari jumlah tersebut, tujuh pesakit berada dalam keadaan kritikal sementara yang lain dalam keadaan stabil.
Pihak berkuasa kesihatan Wuhan menenangkan keadaan resah dengan tegas menyebut wabak yang melanda tiada unsur SARS, MERS, selsema burung, influenza mahupun adenovirus.
Mereka juga bertindak mengenal pasti 163 individu berkongsi persekitaran yang sama dengan mereka yang sedang menerima rawatan di hospital. Kesemuanya berada dalam pemantauan rapi pihak kesihatan.
Sebelum ini, pihak yang sama menyebut gejala paling ketara dikongsi mereka yang dimasukkan ke hospital adalah demam, sesak pernafasan dan radang paru-paru.
Namun, laporan selanjutnya tidak memberi sebarang petunjuk wabak yang merebak itu disebar melalui transmisi atau secara sentuhan manusia kepada manusia.
Dalam kalangan mangsa, kelompok paling ramai terdiri dari pekerja di pasar South China Seafood City di kota Wuhan.
Wabak SARS yang melanda Asia pada 2002 dan 2003 dan bermula di Selatan China menyebabkan 700 kematian, kebanyakkannya di China dan Hong Kong.
Selain Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Thailand adalah antara negara yang memperketatkan kawalan di pintu masuk di lapangan terbang sebagai langkah berjaga jaga menghalang sebarang penularan wabak radang pernafasan seperti SARS mahupun MERS.
Di Thailand, pintu masuk di lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang, Phuket dan Chiang Mai sudah mula menggunakan mesin pengimbas haba khusus mengukur suhu badan penumpang yang tiba dari Wuhan.
Di Hong Kong, seramai 15 pesakit sudah diberi rawatan radang paru paru selepas pulang dari Wuhan.
Rakyat Hong Kong diberi nasihat tidak mengunjungi pasar basah atau makan binatang buruan semasa melawat China. Namun tiada sebarang larangan melawat Wuhan dikenakan.
Singapura pula mencatat satu kes radang paru-paru yang serius melibatkan kanak-kanak berumur tiga tahun. Kes ini sudah dikenalpasti sebagai tiada kaitan dengan sebarang jangkitan dari Wuhan.
Di Malaysia, walau tiada sebarang kes yang dilaporkan, namun pihak kesihatan sedang berada dalam keadaan berjaga jaga. Ini ekoran terdapat banyak penerbangan dua hala menghubungkan Kuala Lumpur dengan Wuhan.
Razak Chik
Mon Jan 06 2020
Terdapat banyak penerbangan dua hala menghubungkan Kuala Lumpur dengan Wuhan. -
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Kenya tingkatkan pemantauan susulan wabak Ebola Sudan di Uganda
Sebagai langkah berjaga-jaga, sistem pemantauan telah dipertingkatkan di semua negeri dan pintu masuk.
Indonesia perkukuh strategi pengendalian FMD untuk kawasan zon merah
Sembilan wilayah zon merah itu termasuk enam di Jawa, bersama Lampung, Bali dan Nusa Tenggara Barat.
Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.
WHO kesal keputusan AS tarik diri
Presiden baharu Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhasrat untuk menarik diri daripada organisasi WHO.
Singapura ketatkan peraturan masa skrin untuk kanak-kanak
Bermula 1 Februari, prasekolah akan menguatkuasakan peraturan baharu yang melarang penggunaan skrin untuk kanak-kanak di bawah usia 18 bulan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).
Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.
Tiada penyakit berjangkit baharu di China - CDC
Data menunjukkan tahap intensiti influenza kekal sederhana di kebanyakan wilayah.
Kepengerusian ASEAN: Kuala Lumpur, Putrajaya sudah sedia jadi tuan rumah mesyuarat utama
Persediaan merangkumi pelbagai aspek kritikal seperti keselamatan, kesihatan awam, pengurusan komuniti dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Selesema burung ancam California dengan peningkatan kes babitkan manusia
Virus yang biasanya dikenali sebagai selesema burung itu menjangkiti 659 daripada 984 operasi tenusu di California sejak Ogos.