"Buktikan tuhan itu ada dan saya akan letak jawatan."
Itu kata Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang berang dengan kritikan beberapa paderi katolik berhubung tindakan kerasnya dalam isu dadah di negara itu yang mengakibatkan beribu-ribu suspek penagih dan pengedar mati di tangan pihak berkuasa.
Duterte yang pernah menganut agama Kristian dan bermazhabkan Katolik berkata kenyataannya itu ekoran penderaan seksual yang pernah dialaminya di tangan seorang paderi ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Filipina lewat 60-an.
Bercerita lanjut pengalamannya itu Duterte berkata beliau dan beberapa pelajar lain telah diperguna oleh seorang paderi yang telah pun meninggal dunia.
"Sesuatu yang dahsyat berlaku ketika kita masih muda. Ia tidak begitu serius.
"Semasa kami sedang membuat pengakuan, kami telah ditahan," jelas Duterte dalam satu ucapan di Davao City pada Ahad.
Jelas Duterte, beliau berhenti menganuti agama itu susulan insiden buruk tersebut.
"Jadi apabila saya menamatkan pengajian, saya bukan lagi seorang Katolik. Saya bukan lagi seorang Katolik pada usia itu," kata Duterte semasa perasmian Malayan Colleges Mindanao di Davao City.
Ini bukan kali pertama ketua negara Filipina ini mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Duterte pada 2015 pernah melabelkan ketua agama katolik pope Francis dengan kata-kata kesat kerana didakwa mencetuskan kesesakan lalu lintas teruk letika lawatan di Manila.
Sementara itu menurut jurucakap presiden, Harry Roque, Duterte mempunyai hak untuk menyatakan pendapatnya mengenai agama dan pendedahannya berhubung skandal pencabulan tersebut.
Agensi
Mon Jul 09 2018

Duterte mendakwa telah berhenti menganut agama tersebut selepas berlakunya insiden buruk terhadap dirinya ketika di usia muda. -Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Warga emas ditahan cabul anak jiran usia enam tahun
Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut ketika kanak-kanak itu sedang bermain di halaman rumahnya.

Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua
Suspek dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.

Pegawai kanan, 6 anggota polis ditahan berkaitan kes pemerasan, cabul
Seorang pegawai kanan polis bersama enam anggota ditahan bagi siasatan berkaitan kes pemerasan dan cabul melibatkan seorang wanita.

Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.

Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.

Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.

Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.

Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.