Tangki simpanan minyak yang dijilat api di Pulau Busing dapat dipadamkan selepas hampir enam jam operasi memadam kebakaran, kata Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Menurut SCDF, ia adalah usaha bersepadu Pasukan Kecemasan dan Pasukan Respons Kecemasan Syarikat (CERT).
Dalam pengemaskinian terbaru kira-kira 1.30 pagi ini, SCDF berkata 31 jentera sokongan dan pemadam kebakaran dan 128 anggota SCDF terlibat dalam operasi itu.
Dua jentera besar penyembur buih dengan 6000 GPM (gelen per minit) digunakan untuk mengurangkan kebakaran tangki simpanan minyak manakala lima jentera penyembur air tanpa pemandu digunakan bagi menyejukkan tangki bersebelahan, menurut SCDF.
Operasi yang diketuai SCDF disokong beberapa agensi berkaitan seperti Polis Pengawal Pantai, pihak berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura, Tentera Laut Republik Singapura dan Agensi Alam Sekitar Nasional.
SCDF berkata sebaik pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada kira-kira 5.50 petang, sumber SCDF digerakkan ke Terminal Feri Pasir Panjang, sebelum menaiki sebuah bot lancang ke Pulau Busing.
Menurut SCDF, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sepanjang operasi itu, SCDF berkongsi gambar dan video dalam laman Facebook rasminya dengan satu daripadanya merakamkan anggota bomba bergilir untuk memulihkan diri selepas operasi memadam kebakaran yang begitu sukar dan berpanjangan.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang Singapura K Shanmugam, dan Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Dalam Negeri) Pang Kin Keong kelihatan berada di pulau itu bagi menyaksikan sendiri operasi memadam kebakaran.
Pulau Busing yang merupakan kawasan perindustrian adalah satu daripada pulau yang terletak di pesisir barat daya Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 21 2018
Operasi yang diketuai SCDF disokong beberapa agensi berkaitan seperti Polis Pengawal Pantai, pihak berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura, Tentera Laut Republik Singapura dan Agensi Alam Sekitar Nasional. Facebook SCDF
Pemilik syarikat didenda RM188,000 tipu mangsa tuntutan Perkeso
Mohamad Afizal Mohd Akhirudin, 33, dijatuhkan hukuman itu selepas membuat pengakuan terhadap tujuh pertuduhan pilihan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.
Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai
Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.
[TERKINI] Warga Gaza mula pulang ke kediaman melalui koridor Netzarim
Warga Gaza berpusu-pusu kembali ke kediaman masing-masing menerusi Koridor Netzarim susulan perjanjian gencatan senjata.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
AWANI Ringkas: Reformasi dalam UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 2 km sebelum landasan - Laporan awal
Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Dis, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar "localiser" berhampiran landasan.
Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan
Kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.
Enam jam bergelut padam kebakaran tangki simpanan minyak di Pulau Busing
31 jentera sokongan dan pemadam kebakaran dan 128 anggota SCDF terlibat dalam operasi itu.