Thailand mencatatkan enam kes baharu COVID-19 -- semuanya melibatkan rakyat Thai yang pulang dari luar negara, dan sifar kematian sejak 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kes kepada 3,179 dan 58 kematian.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, Panprapa Yongtrakul berkata, enam pesakit baharu itu termasuk empat yang pulang dari Indonesia dan masing-masing satu dari Afrika Selatan dan Sudan yang diuji positif sedang menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti negara.
Sehingga hari ini, beliau berkata, 3,059 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital manakala 62 lagi masih di wad.
Hari ini juga menandakan 38 hari berterusan tanpa jangkitan tempatan di negara ini.
Sementara itu, Thailand merancang untuk membuka semula pintunya kepada 1,000 pelancong asing setiap hari, bagi membenarkan mereka melawat lima wilayah di negara ini yang dijangka dimulakan Ogos ini.
Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn berkata satu rancangan 'travel bubble' untuk pengembara santai telah dirangka.
"Persatuan Pelancongan Thai (Atta) dan Majlis Pelancongan Thailand (TCT) ditugaskan untuk merangka pakej pelancongan selama enam hingga tujuh hari di lima wilayah iaitu Chiang Mai, Koh Samui, Krabi, Phuket dan Pattaya," katanya, memetik Bangkok Post.
Draf itu termasuk satu senarai negara-negara, dijangka siap dalam dua minggu lagi.
Kementerian Pelancongan dan Sukan akan mengendalikan satu kajian dan maklumbalas daripada pemegang taruh di lapan destinasi - Bangkok, Pattaya, Phuket, Koh Samui, Chiang Mai, Krabi, Chiang Rai dan Hatyai.
Di bawah fasa pertama perancangan 'travel bubbles' untuk pasaran santai, Gabenor TAT Yuthasak Supasorn berkata, ia akan dimulakan dengan kumpulan pelancong kerana ia lebih mudah untuk menguruskan laluan dan aktiviti.
Jika Thailand berjaya mengendalikan kemasukan pelancong tanpa mencetuskan jangkitan baharu dalam sebulan di bawah fasa pertama pembukaan semula, maka fasa kedua akan menyaksikan lebih banyak destinasi dan jumlah pelancong yang lebih ramai akan dibenarkan, katanya.
Di bawah fasa ketiga rancangan 'travel bubbles', beliau berkata Thailand akan membuka pintunya kepada semua pelancong antarabangsa bagi kedua-dua kumpulan pelancong dan pengembara individu, menggunakan standard saringan yang sama daripada kedua-dua fasa pertama itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 02 2020
Hari ini juga menandakan 38 hari berterusan tanpa jangkitan tempatan di negara ini. - Reuters
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.