Penulis buku Crazy Rich Asians, naskhah yang kini diangkat menajdi filem terbitan Hollywood dengan judul yang sama, dikehendaki di negaranya Singapura kerana tidak mendaftar program latihan khidmat negara, ujar Kementerian Pertahanan republik itu pada Rabu.
Kevin Kwan, penulis buku dan penerbit eksekutif filem itu, dilaporkan tidak hadir dalam acara tayangan perdana filem komedi romantik itu pada Selasa.
Kementerian Pertahanan Singapura mendedahkan, Kwan gagal mendaftar dengan program latihan khidmat negara pada tahun 1990 walaupun sudah diberi notis dan surat yang dihantar ke alamatnya di luar negara. Dia juga telah tinggal di luar negara tanpa permit keluar yang sah.
“Oleh kerana itu, Kwan adalah dikehendaki atas tanggungjawab khidmat negara,” ujar kementerian itu dalam satu kenyataan.
Dia juga berdepan denda sehingga S$10,000 (RM29,997) dan/atau pernajara sehingga 3 tahun jika didapati bersalah.
Kwan tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan.
Singapura mempunyai undang-undang yang ketat berkaitan khidmat negara dan menguatkuasakannya dengan hanya menerima beberapa alasan tertentu.
Seseorang itu tidak boleh melepaskan kewarganegaraannya jika tidak menyempurnakan program latihan khidmat negara yang fokus dalam bidang ketenteraan selama dua tahun itu.
Kwan meninggalkan Singapira pada usia 11 tahun, dengan berpindah ke Texas, Amerika Syarikat (AS) bersama keluarganya, dan terus tinggal di AS sejak itu.
Pada 1994, permohonan dan rayuan susulannya untuk melepaskan kewarganegaraan Singapura telah ditolak.
Agensi
Wed Aug 22 2018

Kevin Kwan pernah membuat permohonan untuk melepaskan status kerakyatan Singapura sebelum ini. - AP
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Buat 'stunt' sendiri di usia 59 tahun, Michelle Yeoh pamer aksi dalam 'Shang-Chi'
Michelle Yeoh sekali lagi terpilih, kali ini untuk menyertai filem adiwira Marvel "Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings".

Wanita ini adalah segala-galanya - Henry Golding ungkap penghargaan buat isteri sempena kelahiran anak
Berita gembira itu dikongsi oleh bintang filem Crazy Rich Asians itu dalam kemas kini di laman Instagramnya, hari ini.

Henry Golding tersenarai dalam TIME 100 Next
Pelakon utama filem "Crazy Rich Asians" disenaraikan dengan selebriti antarabangsa seperti Camila Cabello, Billie Eilish, Liza Koshy, Jason Reynolds, Ezra Miller dan Ryan O'Connell.

Penulis kelahiran Malaysia 'buka mulut' sebab tinggalkan projek besar Hollywood, Crazy Rich Asians
Penulis skrin kelahiran Malaysia, Adele Lim dilapor telah meninggalkan projek sekuel Crazy Rich Asians kerana dia tidak mendapat bayaran setimpal dengan gandingannya.

'James Bond Iban' ganti Daniel Craig?
Jika benar desas-desus, Henry Golding akan lakar sejarah sebagai James Bond dari Asia, bayangkan lelaki berdarah kacukan Iban-Inggeris memegang watak perisik Inggeris.

Henry Golding bintangi James Bond?
Henry Golding dijangka ganti Daniel Craig sebagai James Bond

Penerbit Crazy Rich Asians, Michelle Yeoh dapat hak filem Billion Dollar Whale
Turut bakal menerbitkan filem berkisar skandal terbesar dunia itu ialah pelakon ternama kelahiran tempatan iaitu Tan Sri Michelle Yeoh.

Crazy Rich Asians bantu elak ketegangan kaum, kata Carmen Soo
Pelakon dan model terkenal Carmen Soo berpendapat filem Crazy Rich Asians membuat kemunculan pada waktu yang tepat dimana ia dapat bantu mengelak ketegangan kaum.

Sah! Michelle Yeoh setuju lamaran...
Pelakon terkenal, Tan Sri MichelLe Yeoh menandatangani kontrak dengan SK Global Entertainment pada Rabu, sebagai wajah eksklusif dalam karya akan datang syarikat tersebut.

'Crazy Rich Asians' manfaatkan pelbagai lokasi menarik di Malaysia
Bukan sahaja memaparkan wajah-wajah Malaysia, filem ini juga menggunakan banyak tempat menarik di Malaysia sebagai lokasi.