Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Kepulauan Bonin di Jepun iaitu gugusan pulau terletak kira-kira 1,000km ke selatan Tokyo, pada pukul 8.18 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan, menyebut pusat gempa bumi itu terletak 817km tenggara Hamamatsu, Jepun dan 3,342km dari timur laut Sandakan, Sabah.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami.

BACA: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.0 berlaku di Ranau pagi ini

BACA: Jabatan Meteorologi nafi Sabah akan dilanda gempa susulan