Angka korban terkini susulan kejadian gempa bumi di pulau peranginan Lombok, Indonesia meningkat kepada sekurang-kurangnya 347 mangsa.
Menurut laporan berita antarabangsa yang memetik agensi Antara, 1,447 mangsa dilaporkan mengalami kecederaan manakala 165,003 dipindahkan ke penempatan lebih selamat.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho yang melaporkan perkembangan terkini menjangkakan angka korban akan terus meningkat.
Antara lain, sejumlah 2,000 pelancong juga telah dipindahkan dari beberapa kepulauan terkenal di Lombok.
BACA: Gempa Lombok: Pelancong asing selamat dipindahkan
Gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter menggegar Lombok seminggu selepas gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda, seterusnya mengorbankan 17 mangsa termasuk seorang warga Malaysia.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih giat digerakkan dan angka kematian dijangka akan terus meningkat.
BACA: Ramai mangsa runtuhan masjid masih terperangkap
GALERI FOTO: Lombok bergegar lagi!
Sementara itu, Malaysia masih menunggu kebenaran daripada kerajaan Indonesia dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Lombok, Indonesia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata lampu hijau daripada kerajaan Indonesia penting bagi memastikan koordinasi bantuan dapat dilakukan dengan sempurna.
BACA: Bantuan Lombok: Malaysia tunggu isyarat Indonesia - TPM
Agensi
Wed Aug 08 2018

Angka korban akibat bencana gempa bumi di Lombok dikhuatiri terus meningkat. - Gambar fail
Kita bekerjasama dengan dengan semua agensi termasuk SPRM - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi menegaskan bahawa tindakan yang lebih terperinci akan dikenakan sekiranya terdapat pegawai yang terlibat dengan sisa e-waste. #AWANInews
Kita nak elakkan masalah alam sekitar - Nik Nazmi
Malaysia membenarkan kemasukan besi buruk untuk tujuan tertentu dan terdapat syarat yang dikenakan. Sisa e-waste yang tidak terancang dapat mencemarkan kesihatan rakyat tegas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi.
#AWANInews
#AWANInews

Sindiket penipuan tawaran kerja: 750 rakyat Malaysia berjaya diselamatkan
Kementerian Luar menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan lapan rakyat Malaysia pula dalam proses dihantar pulang, manakala 236 orang lagi sedang dijejaki.
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Gempa Lombok: Angka kematian terkini meningkat kepada lebih 340 orang
Angka korban terkini susulan kejadian gempa bumi di pulau peranginan Lombok, Indonesia meningkat kepada sekurang-kurangnya 347 mangsa.