Seorang lagi rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian gempa di Lombok semalam dikenali sebagai Lim Sai Wah.
Bagaimanapun identiti lengkap wanita itu masih belum diperoleh setakat 6 pagi ini.
Menurut Timbalan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zamshari Shaharan, tujuh warganegara Malaysia turut cedera, dan kini dirawat di hospital di Lombok.
"Dua orang warganegara Malaysia meninggal dunia akibat gempa bumi di Lombok Timur semalam. Tujuh orang yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan di hospital manakala 13 orang terselamat," katanya.
BACA: Gempa Lombok: Seorang lagi rakyat Malaysia yang maut dikenal pasti
Seorang lagi rakyat Malaysia, Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily Datin Tai Siew Kim disahkan terbunuh dalam gempa bumi berukuran lebih 5.0 pada skala Richter, semalam.
Kesemua mereka adalah sekumpulan 22 warganegara Malaysia yang berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Utara, ketika bencana tersebut berlaku pada 3.07 petang waktu tempatan.
Pegawai Kedutaan tiba di Lombok pagi ini untuk menghulurkan bantuan konsular kepada warganegara Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.
"Warganegara Malaysia lain yang berada di Lombok atau kawasan sekitar yang terkesan susulan gempa bumi ini boleh menghubungi pegawai bertugas Kedutaan Besar Malaysia di talian +62 813 80813036," katanya.
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa tenang dan mematuhi arahan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Warganegara Malaysia yang berada di Indonesia atau ingin merancang perjalanan ke Indonesia juga dinasihatkan untuk mendaftar dengan kedutaan di https://goo.gl/ixYVfy .
Sementara itu Gabernor Nusa Tenggara Barat, H. Zulkieflimansyah dipetik agensi berita Antara, berkata pihak berkuasa tempatan sedang menguruskan kedua-dua rakyat Malaysia yang terkorban itu untuk dibawa pulang ke Malaysia hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2019

Pihak berkuasa tempatan sedang menguruskan kedua-dua rakyat Malaysia yang terkorban itu untuk dibawa pulang ke Malaysia hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Gempa Lombok: Dua rakyat Malaysia yang terkorban dibawa pulang hari ini
Pihak berkuasa tempatan sedang menguruskan kedua-dua rakyat Malaysia yang terkorban itu untuk dibawa pulang ke Malaysia hari ini.

Gempa Lombok: Seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan terkorban
Seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok, pasca gempa bumi di pulau itu petang tadi.