Suasana malam di sebahagian Kota Palu memperlihatkan kesukaran hidup yang dihadapi penghuninya selepas gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda bandar itu, Jumaat lepas.
Tinjauan Bernama mendapati ada antara kawasan yang terjejas masih tidak mendapat bekalan elektrik dan air bersih yang sempurna, terutama di kawasan perkampungan yang berada di hujung bandar iaitu di Kampung Balarua, timur Kota Palu.
Kampung Balarua menjadi antara lokasi paling teruk menerima kesan bencana itu, dengan kawasan asalnya yang landai bertukar menjadi bukit yang beralun dipenuhi mangsa yang terperangkap di bawah batu-bata.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, jumlah mangsa korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah kini meningkat kepada 1,407 orang setakat 1 tengah hari, semalam.
Penduduk tempatan, Mohd Nadir Kamaruddin, 33, berkata waktu malam bagaikan mimpi ngeri untuk mereka kerana suasananya sangat gelap.
"Kami sudah enam malam tidak mempunyai bekalan elektrik...apa yang kami boleh lakukan hanyalah membakar kayu dari sisa runtuhan rumah di sekeliling kami," katanya kepada Bernama.
Bagi Ruhimah Enton, 27, air bersih merupakan keperluan asas yang paling penting bagi kampung itu.
"Saya tidak kisah sekiranya tiada talian telefon, kami cuma mahu bekalan air bersih yang secukupnya sahaja," katanya sambil berharap usaha membawa bekalan air bersih ke tempat itu boleh dilaksanakan secepat mungkin.
-- BERNAMA/Amirul Mohd Sajadi
Bernama
Thu Oct 04 2018
Kesan bencana alam, dari gempa bumi seterusnya tsunami, yang melanda bandar Palu di Sulawesi Tengah. - Reuters
Palestin beri amaran kesan serius hasutan Israel untuk rampas Tebing Barat
Kementerian Luar Palestin menuduh Netanyahu sengaja kekalkan sokongan terhadap gabungan pemerintahannya dengan mengorbankan Tebing Barat.
Nawaf Salam peroleh sokongan mencukupi untuk dilantik sebagai PM
Nawaf Salam memperoleh sokongan mencukupi daripada ahli parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan yang baharu.
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Biden umum sekatan eksport teknologi AI buatan AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk cip dan model AI yang digunakan dalam perisian.
Tumpuan Selasa – 14 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, dihalau dari penerbangan Fly Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.
Sekolah dibuka semula kecuali tujuh sekolah masih ditutup
Hampir semua sekolah awam di kawasan Los Angeles akan dibuka semula pada Isnin, walaupun anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar yang telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan memusnahkan lebih 12,000 struktur.
Penduduk Gaza terus menderita
Penduduk Palestin di bandar Gaza tidak lagi tahu di mana tempat selamat untuk berlindung sekali gus meneruskan kehidupan.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Indonesia perhebat kesiapsiagaan bencana letusan
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia telah mempergiatkan usaha kesiapsiagaan kecemasan, memfokuskan kepada aktiviti gunung berapi di Gunung Ibu, Gunung Lewotobi Laki-Laki dan Gunung Merapi ketika letusan terus menimbulkan risiko kepada masyarakat setempat.
Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia
BNPB dalam kemas kini pada Ahad mengesahkan kerosakan di beberapa wilayah termasuk Pulau Jawa, Maluku Utara dan Kalimantan Selatan.
Kerugian bencana alam global 2024 cecah US$320 bilion - Munich Re
Ia antara tahun paling mahal dari segi kerugian akibat bencana alam sejak 1980, walaupun setelah diselaraskan dengan inflasi.
Lelong: Cendawan dari Noto yang dilanda bencana capai harga rekod US$2,200
Cendawan dari empat daerah di kawasan Noto mesti memenuhi kriteria untuk dihantar sebagai Nototemari.
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada sekurang-kurangnya 95 orang
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
Universiti sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir
Universiti di negara ini berupaya untuk memanfaatkan kepakaran mereka bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir sekali gus tampil sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir.
Kerajaan dicadang integrasikan AI dan IoT sebagai penyelesaian pintar pengurusan bencana banjir
Sistem pengesanan banjir pintar yang mampu mengintegrasikan pelbagai sumber data akan mengatasi kelemahan sistem sedia ada.
Macron lawat Mayotte yang dilanda siklon, hadapi penduduk rayu bantuan segera
Siklon pada hujung minggu lepas di kepulauan Perancis itu mengorbankan sekurang-kurangnya 31 nyawa dan ribuan penduduk hilang tempat tinggal.
Taufan Fengal: Rakyat Malaysia dinasihat elak perjalanan tidak perlu ke Tamil Nadu
Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai menggesa pelancong khususnya yang menuju ke Villipuram dan Tiruvannamalai, supaya ambil langkah berjaga-jaga.
14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 Disember
Antara wilayah terlibat adalah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Phang Nga, Phuket, Krabi dan Satun.
Pendaftaran STTP masih rendah dalam kalangan pesawah - LPP
Pesawah di seluruh negara diseru mencarum dengan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) sebagai persediaan bagi menghadapi pelbagai risiko bencana alam.