PIHAK berkuasa Perancis melancarkan siasatan ke atas kebakaran yang meletus di dalam gereja gothik St Peter dan St Paul di Nantes, barat Perancis.
Kebakaran yang berlaku pada Sabtu itu memusnahkan bahagian dalaman gereja dan memusnahkan tingkap kaca berwarna dan organ besar abad ke-17 yang menjadi tarikan utama di gereja berkenaan.
Memetik laporan antarabangsa, pasukan penyiasat negara itu menyoal siasat seorang lelaki yang bekerja di gereja tersebut.
Menurut Pierre Senner, lelaki itu bertanggungjawab mengunci gereja berkenaan pada petang Jumaat dan penyiasat mahu penjelasan mengenai jadual suspek.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Kali terakhir bangunan itu terbakar adalah pada 1972 dan bumbungnya mengambil masa lebih 13 tahun untuk dibaiki.
Agensi
Mon Jul 20 2020

Kali terakhir bangunan itu terbakar adalah pada 1972 dan bumbungnya mengambil masa lebih 13 tahun untuk dibaiki. Foto: Reuters
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gereja gothik terbakar: Pihak berkuasa Perancis lancar siasatan kebakaran
Pihak berkuasa Perancis melancarkan siasatan ke atas kebakaran yang meletus di dalam gereja gothik di Nantes, barat Perancis.