KESEMUA 13 mangsa yang terperangkap dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand tidak berkesempatan untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018 secara langsung.
Walaupun lapan daripada mangsa yang terperangkap itu berjaya dikeluarkan setakat pukul 4 petang ini, mereka juga gagal -untuk terbang ke Rusia menyaksikan perlawanan itu.
Ini kerana mereka yang telah dibawa keluar dari gua tersebut perlu dikuarantin dan menjalani rawatan sekurang-kurangnya tujuh hari di hospital.
Menurut pemeriksaan kesihatan pada empat mangsa pertama yang dijalankan kelmarin, dua daripada mereka mempunyai jangkitan paru-paru kecil manakala seorang lagi demam.
Kedua-duanya dirawat dengan antibiotik dan kini beransur pulih dan sudah boleh bergurau senda.
Bagaimanapun, mangsa hanya boleh melihat ibu bapa mereka melalui kaca tetapi tidak dibenarkan menyentuh dan memeluk.
Pihak hospital sedang bertungkus lumus untuk memastikan remaja yang telah diselamatkan itu mengadakan perbualan bersama ibu bapa mereka melalui telefon hari ini.
Minggu lalu, Presiden Fifa, Gianni Infantino menjemput 12 remaja yang juga pemain bola sepak pasukan Wild Boar dan seorang jurulatih mereka untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia.
Surat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Jeneral Somyot Poonpanmoung itu disiarkan dalam Facebook FAT.
Pada Isnin lapan remaja yang terperangkap di gua Tham Luang, Thailand berjaya dikeluarkan dalam operasi mengeluarkan mangsa yang memasuki hari ketiga.
Baki empat remaja dan jurulatihnya, Ekphol Chantawong terus bermalam untuk malam ke-17 di dalam gua berkenaan sementara menunggu operasi disambung pada Selasa.
BACA: Jika 'Tuhan Hujan' bantu kita, maka misi ini akan selesai dengan cepat
Astro Awani
Tue Jul 10 2018

Mangsa yang dikeluarkan dari gua itu dipercayai dibawa ke hospital menggunakan helikopter untuk menerima rawatan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Video wanita Malaysia hilang di Thailand mengatakan dia selamat dan sihat
Kelibat wanita dipercayai warga Malaysia yang dilaporkan hilang di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai dilihat muncul dalam tiga video, membuktikan dia berada dalam keadaan yang 'selamat dan sihat'.

Polis Thailand pergiat usaha kesan warga Malaysia yang hilang di Chiang Rai
Polis Thailand telah melancarkan operasi mencari wanita Malaysia berusia 22 tahun yang kali terakhir dilihat di daerah Mae Sai, wilayah Chiang Rai.

Tiga terbunuh, empat cedera dalam kejadian tembakan di Chiang Rai
Beberapa kucing dan anjing turut mati dan empat lagi cedera ketika lelaki itu melepaskan tembakan ke arah mangsa.

COVID-19: Enam individu langgar kuarantin di Thailand disahkan positif
Enam lagi rakyat Thailand yang melanggar arahan kuarantin selepas menyelinap masuk ke negara ini dari Myanmar disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Thailand pertingkat pengesanan kontak selepas tiga pelanggar kuarantin diuji positif
Tiga rakyat Thailand yang memasuki negara itu secara haram dari Myanmar dan mengelak menjalani kuarantin wajib di kemudahan negara telah diuji positif kemudiannya.

Thailand hargai dua penyelam Australia terbabit usaha selamatkan 'wild boars'
Ini kali pertama Dr Harris dan Dr Challen kembali ke Thailand selepas memainkan peranan penting dalam misi menyelamatkan 12 pemain muda pasukan Wild Boars serta jurulatih mereka yang terperangkap.

Lima penghantar dadah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Thailand
Pertempuran selama 15 minit itu berlaku lewat malam Sabtu apabila pasukan tentera mengesan tujuh lelaki membawa karung berisi dadah di hutan berkenaan, kata Rejimen Cavalry Kedua, Pasukan Phanmuang.

Remaja terperangkap di Gua Tham Luang 'hidup' seperti sami selama sembilan hari
Sebelas remaja yang terselamat selepas terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai Thailand akan menikmati kehidupan seperti sami.

Remaja terperangkap Gua Tham Luang hadir majlis kesyukuran
Upacara yang diadakan di sebuah kuil di Mae Sai pada Khamis itu turut dihadiri saudara-mara kumpulan remaja berkenaan.

Remaja terperangkap akhirnya tidur beralaskan bantal
Kebanyakkan remaja yang terperangkap bangkit awal bagi menyertai upacara keagamaan bersama ahli keluarga mereka.