BERGURAU perlu ada batasnya. Jangan kerana niat untuk 'kenakan kawan' hingga menyebabkan rakan sengsara akibat tindakan yang seolah tidak bertamadun.
Dalam kejadian di England baru-baru ini, trend gurauan kasar bertukar tragedi apabila seorang budak lelaki hampir kehilangan alat sulitnya selepas ditumbuk di pangkal paha oleh rakan sekolah.
Bailey Summers, 12, digegaskan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan testikelnya daripada dibuang, lapor portal Mirror.
Insiden tragis ini bermula daripada prank klasik 'popular' di mana pelaku akan bertanya kepada mangsa, "Apakah ibu negara Thailand?" Apabila mangsa menjawab "Bangkok" (bang-cock), alat sulitnya akan dipukul.
Kebiasaannya, pelaku hanya memukul 'perlahan' di bahagian sulit, namun dalam insiden kali ini, mangsa dikatakan dipukul dengan kuat.
Bailey dilaporkan pulang membawa ubat tahan sakit paracetamol, namun apabila kesakitannya tidak juga reda, ibunya Emmajayne, 32, terus membawa Bailey ke hospital.
Keadaan bertambah buruk, apabila doktor di Hospital Universiti James Cook meminta Emmajayne untuk menandatangani borang kebenaran pembedahan untuk membuang testikel anaknya itu jika terpaksa.
Bercakap kepada media antarabangsa, Emmajayne berkata anaknya menderita kesakitan hampir 20 minit ketika bersiap masuk ke bilik bedah.
"Pihak hospital tidak dapat memberikan ubat bius yang betul kepada anak saya dan mereka tidak mempunyai banyak masa.
"Hancur hati saya melihat anak saya menangis menjerit dan merayu meminta saya untuk membantunya," kata Emmajayne kepada media.
Tambahnya, pakar bedah memerlukan masa empat jam untuk merawat testikel Bailey, namun terpaksa membuangnya jika terpaksa.
"Saya terpaksa menandatangani borang tersebut untuk membenarkan kedua-dua testikel anak saya dibuang jika terpaksa," katanya.
Dilaporkan pembedahan itu berjaya dan Bailey sudah boleh bergerak menggunakan kerusi roda.
"Dia sangat bernasib baik. Dia terpaksa menerima empat jahitan pada setiap testikel.
"Buat masa ini dia hanya boleh berkerusi roda selama dua minggu dan tidak boleh melakukan aktiviti berat selama enam minggu," kata Emmajayne.
Emmajayne turut meminta agar orang ramai menghentikan gurauan kasar tersebut yang hanya akan memudaratkan seseorang.
Asyraf Roslan
Mon Sep 23 2019
Bailey terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan testikelnya daripada dibuang. -Gambar Freepik.com / jakkphoto
ICC akan mohon waran tangkap terhadap pemimpin junta Myanmar
Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan memohon waran tangkap terhadap pemimpin tentera Myanmar, Min Aung Hlaing, atas tuduhan jenayah kemanusiaan berhubung dakwaan penganiayaan terhadap etnik Rohingya, yang merupakan minoriti muslim negara itu.
3 maut ditembak di Thailand, suspek masih bebas
Tiga individu maut dalam kejadian tembakan di kawasan luar bandar di bahagian Timur Laut Thailand, pada Rabu.
Buku idealis Syed Hamid Albar coret erti sebenar kehidupan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
Karya Noor Hasilah Ismail dan Firdaus Zainal yang turut menyentuh pembabitan Syed Hamid Albar dalam dunia politik tanah air itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Karya Noor Hasilah Ismail dan Firdaus Zainal yang turut menyentuh pembabitan Syed Hamid Albar dalam dunia politik tanah air itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Satu lagi kes dikesan di Malaysia - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes baharu jangkitan cacar monyet atau Mpox varian clade II pada 25 Nov lepas, membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.
Ini pertarungan menjawab dakwaan kelahiran dinasti Jokowi
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 menjadi pesta demokrasi paling hangat dalam menjawab persoalan sejauh mana dakwaan banyak pihak ia adalah pertarungan melahirkan Dinasti Jokowi.
Pendapat itu disuarakan tokoh wartawan negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang turut menantikan keputusan lebih 207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan mereka untuk tempoh lima tahun ini.
Pendapat itu disuarakan tokoh wartawan negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang turut menantikan keputusan lebih 207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan mereka untuk tempoh lima tahun ini.
Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan
Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, pada Selasa.
11 lelaki ditahan di bawah SOSMA, direman 28 hari
Polis Pulau Pinang menahan 11 lelaki di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang disyaki terlibat dengan kumpulan menjalankan kegiatan jenayah terancang dan berleluasa.
Perkembangan semasa di Kelantan
Lintas langsung bersama wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad bagi mendapatkan perkembangan semasa banjir di sana.
17 kawasan di empat daerah bergelap, bekalan elektrik dihentikan
Sebanyak 17 kawasan di empat daerah dihentikan bekalan elektrik berikutan keadaan banjir semakin membimbangkan.
Bacaan Sungai Golok di Rantau Panjang lepasi paras banjir dahsyat 2014
Sungai Golok di Rantau Panjang antara enam sungai di Kelantan yang melepasi paras bahaya susulan hujan lebat berterusan.
Gurau tak bertempat, budak lelaki hampir hilang testikel akibat prank 'Bangkok'
Trend gurauan kasar bertukar tragedi apabila seorang budak lelaki hampir kehilangan alat sulitnya selepas ditumbuk di pangkal paha oleh rakan sekolah.