Hagia Sophia ditukar status kepada masjid
Jelas Erdogan, adalah menjadi hak dan kedaulatan Turki untuk menentukan status tapak warisan tersebut.
“Saya meminta semua menghormati keputusan yang dibuat oleh cabang kehakiman mengenai Hagia Sophia.
"Sudah tentu kami menghargai segala pandangan yang dinyatakan komuniti antarabangsa mengenai hal ini.
"Adalah menjadi hak dan kedaulatan Turki untuk menentukan status Hagia Sophia,” katanya.
Jelas Erdogan, Hagia Sophia akan tetap dibuka kepada semua pengunjung.
Masjid itu akan dibuka untuk solat Jumaat bermula 24 Julai depan.
Sebelum ini, premis itu membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan berkenaan yang dibangunkan pada kurun keenam.
Ia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantinople.