Puluhan anjing berkostum ranggi menyertai perarakan tradisional Blocao Sundays pada Ahad.

Perarakan yang diadakan saban tahun di tepi pantai Copacabana merupakan tradisi bagi karnival di Rio de Janeiro yang bangga kerana mempunyai parti yang paling demokratik dan inklusif di dunia.

Pastinya, pemilik anjing tidak melepaskan peluang untuk memadankan kostum mereka dengan kostum si bulu mereka.

Ada yang berpakaianan seperti Wonder Woman, kelasi atau hanya dengan alatan berwarna-warni.



“Apa yang saya paling suka adalah untuk berinteraksi bersama-sama haiwan yang lain, menunjukkan kostum kami kerana kami selalu memakai pakaian yang sedondon.

“Sama ada ia Wonder Woman atau Bat Girl, kami tampil dengan kostum yang berbeza pada setiap tahun,” kata pemilik anjing, Lucia Countinho.

Pemilik anjing, Claudia Ildefonso pula berkata haiwan-haiwan peliharaannya tidak biasa dengan kostum yang dikenakan.



“Bianca dan Lua tidak biasa dengan kostum yang dikenakan pada mulanya,

“Namun, kini, mereka gembira memakai kostum tersebut dan bermain dengan rakan-rakan mereka,” ujar Ildefonso.



Nama “Blocão" merupakan gabungan perkataan “bloco” yang merujuk kepada pesta jalan tradisional dan perkataan “cao” bermaksud anjing dalam bahasa Portugis.