Halimah Yacob pada Isnin meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen Singapura dan Anggota Parlimen untuk bertanding jawatan presiden bulan depan.
Anggota Parlimen bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marsiling-Yew Tee itu mengesahkan pada Ahad beliau akan bertanding dalam pemilihan presiden, yang kali ini dikhaskan untuk calon Melayu.
"Pagi tadi, saya meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen, Anggota Parlimen bagi GRC Marsiling-Yew Tee dan sebagai anggota People's Action Party," kata Halimah dalam catatan di laman Facebooknya pada Isnin.
Dalam catatan itu, Halimah juga melampirkan surat peletakan jawatan yang dikemukakan beliau kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang juga setiausaha agung People's Action Party (PAP).
Dalam catatannya, Halimah berkata beliau juga tidak akan lagi menjadi anggota Jawatankuasa Kerja Pusat PAP, pengerusi Kumpulan Senior PAP (PAP. SG) dan pengerusi PAP cawangan Marsiling.
Halimah merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sejawatannnya sebagai anggota Parlimen dan anggota PAP "atas sokongan berterusan serta persahabatan mereka dan kerana bekerjasama untuk menjadikan Singapura tempat tinggal yang lebih sejahtera untuk rakyat kita".
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura atas sokongan padu dan galakan yang telah mereka berikan. Saya amat terharu dan berbangga kerana rakyat Singapura daripada pelbagai lapisan kehidupan meminta saya menimbang untuk bertanding jawatan presiden.
"Saya berjanji tidak akan mengecewakan anda dan saya tidak sabar untuk terus berkhidmat untuk anda," katanya.
Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa Halimah juga menghantar sepucuk surat kepada Timbalan Speaker Charles Chong bagi meminta beliau menerajui Dewan, sehinggalah Speaker baharu dipilih.
Mengenai kerusi beliau bagi GRC Marsiling-Yew Tee, Menteri Pembangunan Nasional Lawrence Wong dilaporkan berkata pada Ahad bahawa beliau dan anggota Parlimen lain dalam GRC berkenaan - Alex Yam dan Ong Teng Koon - akan mengisi kekosongan dalam memberi khidmat kepada penduduk di kawasan yang sebelum ini diwakili Halimah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2017

Halimah dilaporkan akan menghantar sepucuk surat kepada Timbalan Speaker Charles Chong bagi meminta beliau menerajui Dewan, sehinggalah Speaker baharu dipilih. - fotoBERNAMA

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.

PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.

MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.

PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.

PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.

Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.

PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.

PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.

DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.

PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.

BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.