Singapura bakal mempunyai presiden wanita pertama setelah Halimah Yacob diisytiharkan sebagai presiden kelapan republik itu hari ini.
Halimah, 63, dijadualkan mengangkat sumpah esok di Istana.
Pegawai Pilihan Raya Ng Wai Choong membuat pengisytiharan itu selepas pencalonan ditutup pada 12 tengah hari di pusat penamaan calon di Ibu Pejabat Persatuan Rakyat, Jalan Besar di sini di hadapan ratusan penyokong Halimah yang berpakaian berwarna oren.
Bekas Speaker Parlimen itu yang tiba awal di pusat itu kira-kira 11.15 pagi tadi bersama suaminya Mohamed Abdullah Alhabshee, merupakan satu-satunya calon yang layak diberi sijil kelayakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden.
Halimah diisytihar sebagai presiden selepas berjaya melalui prosiding pencalonan.
"Saya merupakan presiden untuk semua orang. Walaupun pilihan raya ini khusus, saya bukan presiden yang khusus," katanya kepada penyokong selepas Ng yang juga Ketua Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga mengisytiharkan beliau sebagai presiden.
Pilihan Raya Presiden 2017 dikhususkan untuk masyarakat Melayu dalam usaha memastikan perwakilan yang berbilang kaum.
Dua lagi calon yang ingin bertanding, kedua-duanya ahli perniagaan Mohamed Salleh Marican dan Farid Khan Kaim Khan tidak berjaya memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan untuk sektor swasta.
Bagi sektor awam, Halimah memenuhi kriteria memegang jawatan dalam sektor itu sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai Speaker Parlimen.
Memandangkan Halimah satu-satunya calon yang berjaya, ini bermakna 2,516,608 pengundi Singapura tidak perlu mengundi pada Hari Pengundian yang dijadualkan pada 23 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2017

Halimah Yacob diisytihar sebagai presiden kelapan republik Singapura hari ini. - www.juronggrc.sg

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tharman Shanmugaratnam Presiden baharu Singapura
PM Singapura, Lee Hsien Loong ucap tahniah kepada Tharman dan yakin bahawa presiden baharu itu akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Tharman dahului Pilihan Raya Presiden Singapura berdasarkan kiraan sampel
Tharman Shanmugaratnam mendahului dalam pemilihan presiden kesembilan Singapura dengan undian 70 peratus.

Hari pengundian pilih Presiden baharu Singapura
Pengundi yang layak boleh menggunakan aplikasi Singpass untuk mengakses kad epoll atau kad undi elektronik yang tertera pusat mengundi.

Singapura sambut Hari Kebangsaan ke-58 dengan perarakan besar-besaran
Sambutan kali ini lebih meriah selepas 'perbarisan' tahun lepas, menggabungkan perarakan fizikal dan maya, disaksikan 27,000 pengunjung.

Bakal calon Presiden Singapura boleh mohon Sijil Kelayakan
Permohonan Sijil Kelayakan dan penyerahan akuan komuniti akan ditutup pada hari kelima selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Halimah Yacob putuskan tidak tanding semula pada Pilihan Raya Presiden Singapura
Presiden Singapura Halimah Yacob memutuskan untuk tidak bertanding semula pada Pilihan Raya Presiden yang dijadual diadakan dalam masa beberapa bulan lagi.

Pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura perkukuh hubungan rakyat dengan rakyat
Presiden Singapura sokong saranan Raja Permaisuri Agong untuk mengadakan pertukaran antara pergerakan Pandu Puteri Malaysia dua negara.

Singapura, Malaysia perlu saling membantu jadikan wilayah ASEAN bersatu, berwibawa - Halimah
Singapura dan Malaysia selaku antara pengasas ASEAN dan rakan kongsi, perlu membantu rantau ini kekal bersatu dan berwibawa, kata Presiden Singapura Halimah Yacob.

Agong harap Malaysia dan Singapura kembang kerjasama keterjaminan makanan, ekonomi hijau
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar Malaysia dan Singapura boleh mengembangkan kerjasama dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, ekonomi hijau serta keterjaminan makanan.