COVID-19 telah mengubah kehidupan seharian di Gaza dalam banyak cara dan di tempat-tempat lain di dunia Arab.
Penduduk mula menyesuaikan diri dengan keadaan, memakai pelitup muka, melakukan rutin baharu dengan mencuci tangan dan penjarakan fizikal agar terhindar dari virus.
Pihak berkuasa Gaza sendiri sudah mengarahkan pelbagai peraturan baharu dan menutup sekolah, universiti, restoran, masjid serta tempat-tempat awam sejak pandemik mula dikesan.
Walaupun isu sekatan ini bukanlah baharu bagi penduduknya namun COVID-19 seumpama menambah satu lagi perasaan pengasingan bagi rakyat Gaza sendiri.
Kehadiran Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Gaza selama ini sudah seperti sebuah keluarga.
Mereka berkongsi pelbagai kisah suka dan duka bersama rakyat di sana.
Pegawai Komunikasi Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Amani Al Naouq berkata, mereka membawa harapan dan sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, penduduk di dalam konflik sentiasa dibantu, situasi yang payah diringankan dan sebuah keutamaan untuk ICRC menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar masing-masing.
"Kami memikirkan pentingnya cara digital dan juga penyaluran maklumat yang mereka perlukan pada saat pandemik melanda.
"Kami mengajar kanak-kanak Gaza secara khusus kerana mereka juga menghadapi cabaran dan kesukaran untuk memahami apa yang berlaku di sekitar mereka.
"Apa ertinya tinggal di rumah dan tidak lagi bersekolah, tidak lagi bermain dengan rakan-rakan, tidak lagi belajar dengan rakan sekelas mereka. Jadi seluruh situasi berubah," katanya semasa sidang Skype baru-baru ini.
Pemandangan sekitar persimpangan Universiti Al-Azhar, lorong pejalan kaki turut kosong dalam usaha mengawal penyebaran COVID-19. - Gambar Abed Zagout
Seorang pekerja kilang di Gaza memakai pakaian pelindung penyakit. - Gambar Abed Zagout
Pada 22 Mac lalu, pihak berkuasa di Gaza mengesahkan dua kes pertama COVID-19 membabitkan rakyat Palestin yang pulang selepas melakukan perjalanan ke Pakistan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini memberikan amaran bahawa penularan wabak itu di Gaza boleh menjadi malapetaka berikutan kadar kemiskinan yang tinggi dan sistem kesihatan lemah di kawasan berkenaan bawah sekatan rejim Israel sejak 2007.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, dua individu terbabit bagaimanapun sudah dikuarantin dan tidak melakukan kontak dengan orang ramai.
Amani dalam pada itu turut memaklumkan, paling penting beban ibu bapa menjadi lebih besar terutamanya ibu yang harus menjaga anak-anak mereka.
Universiti Islam di Gaza ditutup sebagai langkah keselamatan semasa pandemik COVID-19. - Gambar Abed Zagout
Universiti Al-Azhar di Gaza ditutup sebagai langkah keselamatan semasa pandemik COVID-19. - Gambar Abed Zagout
Golongan ibu juga harus menjaga keselamatan masing-masing, mengikuti kelas anak dan pada masa yang sama perlu menjelaskan kepada si kecil apa yang harus atau yang tidak seharusnya mereka lakukan.
"Oleh itu, idea ICRC dan tanggungjawab kita untuk memastikan hubungan ini dengan penduduk sebagai keutamaan bagi kita dan bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan di Gaza serta para pelajar dan kerjasama Fakulti Perubatan untuk bersama-sama saling menyokong anak-anak Gaza.
"Bagi kami di ICRC, penting dalam situasi baru, kami memikirkan menggunakan platform digital untuk menjangkau penduduk serta istimewa untuk kanak-kanak, kami fikir ada projek yang mensasarkan mereka," ujarnya.
Permainan baharu
Katanya, semasa pandemik, satu permainan papan dicipta dengan reka bentuk khusus untuk kanak-kanak mempelajari mesej pengawasan dan kesedaran COVID-19.
"Kami membuat permainan papan yang serupa dengan permainan budaya dan tradisional yang kami miliki dalam budaya di sini, yang disebut 'ular dan tangga', jadi kami memanggilnya 'Corona dan tangga' dan melalui permainan ini kanak-kanak belajar apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
"Kami mendapat respon positif daripada orang ramai mengenai permainan ini, bahkan salah seorang ibu turut berkongsikan kepada kami video anak-anaknya bermain dengan permainan 'Corona dan tangga'," jelasnya.
Melalui permainan 'Corona dan tangga' kanak-kanak belajar apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan semasa COVID-19. - Gambar ICRC
Seorang sukarelawan berpakaian seperti badut untuk menghiburkan anak-anak yang tinggal di rumah semasa penutupan bandar akibat COVID-19. - Gambar Abed Zagout
Selain itu, ICRC juga sentiasa memikirkan projek lain yang dapat dibuat bersama pelajar dengan kerjasama kementerian berkenaan.
Misinya, bagaimana dapat melibatkan kanak-kanak dan menarik minat mereka untuk turut melakukan langkah-langkah pencegahan dengan kesedaran kepentingannya.
Amani mahu mereka tahu, apa yang dilakukan organisasinya usaha penting untuk melindungi diri mereka sendiri.
"Video animasi yang dibuat adalah usaha membantu ibu bapa untuk membiarkan anak-anak melindungi diri mereka sendiri dan juga untuk pencegahan serta keselamatan.
"Video animasi seperti dialog antara korona dan anak untuk memberi maklumat tentang bagaimana virus itu merebak dan bagaimana dia dapat melindungi dirinya sendiri daripada pandemik," katanya.
Ucapan terima kasih turut disampaikan Amani sempena Hari Kemanusiaan Sedunia kepada pejuang barisan hadapan, pekerja kemanusiaan di seluruh dunia dengan doa semoga pembangunan masyarakat terus diperjuangkan masyarakat sejagat.
"Paling penting, kita semua bersama-sama mengatasi isu ini, kita harus tetap bersama. Kita perlu mempunyai semangat kesungguhan, solidariti dan kesukarelaan untuk mengatasi wabak ini.
"Pada Hari Kemanusiaan Dunia, selamat Hari Kemanusiaan Dunia dari Gaza ke Malaysia," ujarnya.
Setiausaha PBB, Antonio Guterres sebelum ini berkata, Hari Kemanusiaan Sedunia merupakan peluang untuk masyarakat menunjukkan solidariti untuk mereka yang terkesan dengan konflik, krisis, atau bencana alam.
Wan Syamsul Amly
Wed Aug 19 2020
AMANI: Kita perlu mempunyai semangat kesungguhan, solidariti dan kesukarelaan untuk mengatasi wabak ini. - ICRC
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Hari Kemanusiaan Dunia: Cabaran penyaluran maklumat di Gaza semasa COVID-19
COVID-19 telah mengubah kehidupan seharian di Gaza dalam banyak cara dan di tempat-tempat lain di dunia Arab.