Seorang hartawan berlian di India pada Khamis menghadiahkan ratusan pekerjanya dengan sebuah kereta setiap seorang, dan upacara penyerahan itu turut disertai Perdana Menteri Narendra Modi.
Sejumlah 600 pekerja Hari Krishna Exporters, sebuah syarikat perdagangan berlian yang diuruskan Savji Dholakia, menerima kereta keluaran negara itu, Maruti Suzuki, sementara ribuan lagi pekerja ditawarkan ganjaran wang tunai dan unit apartmen.
Majlis penyerahan hadiah itu dilakukan secara besar-besaran di lokasi terbuka di Surat, Gujarat.
Orang India biasa memberikan hadiah antara satu sama lain, terutamanya sempena kedatangan perayaan Diwali, iaitu festival Hindu terbesar yang meraikan kisah kebaikan yang mengatasi kejahatan.
Acara penyerahan hadiah yang dihadiri Modi itu turut dikongsi kepada umum menerusi pautan video.
Dholakia sememangnya terkenal di serata India kerana kelaziman beliau memberikan ganjaran mewah untuk para pekerjanya sempena Diwali. Pada tahun 2016, acara seumpamanya menyaksikan Dholakia menghadiahkan ratusan unit apartmen.
"Matlamat program ini adalah untuk menghadiahkan pekerja yang setia dan berdedikasi kepada syarikat,” ujar Dholakia dalam status di akaun Facebooknya.
Amalan memberi hadiah sempena acara perayaan Diwali secara tidak langsung melonjakkan ekonomi India setiap tahun.
Agensi
Wed Oct 31 2018

Majlis penyerahan hadiah itu dilakukan secara besar-besaran di lokasi terbuka di Surat, Gujarat. - Reuters

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hartawan berlian India hadiahkan kereta kepada 600 pekerja
Ribuan lagi menerima ganjaran berupa wang tunai dan unit apartmen atas kesetiaan dan dedikasi terhadap syarikat.