Amerika Syarikat akan mengeluarkan atau membeli 100,000 lagi mesin ventilator untuk digunakan bagi merawat pesakit COVID-19, kata Presiden Donald Trump pada sidang akhbar di Rumah Putih pada Jumaat.

Terdahulu, laporan mengatakan jumlah jangkitan di AS melebihi 100,000 kes, termasuk 1,544 kematian manakala 860 pesakit sembuh.

Jumlah itu kini mengatasi Itali dan China lapor agensi berita Sputnik.

"Dalam 100 hari akan datang, kami akan menghasilkan atau membeli 100,000 unit tambahan," kata Trump.

Trump berkata AS juga boleh menghasilkan ventilator untuk negara lain seperti United Kingdom, Itali, Sepanyol dan Jerman.



BACA: Mulut Trump sebar 'virus' terbaharu - Amerika dakwa China punca korona

BACA: COVID-19: Trump isytihar 'bencana besar' di New York

Mengulas mengenai penggunaan ubat hidroksichloroquine untuk merawat COVID-19, beliau berkata setakat ini ujian klinikal mengenainya berjalan dengan baik dan berharap ia dapat membantu usaha mencegah virus itu.

Hydroxychloroquine digunakan untuk merawat malaria dan artritis.

-- BERNAMA