Sebuah helikopter milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) yang membawa 13 anggota tentera terhempas dipercayai akibat disambar petir di Poso, Sulawesi Tengah lewat petang tadi.
Kesemua 13 anggota termasuk pilot disahkan terkorban.
Menurut siaran televisyen tempatan, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan ketika pesawat berkenaan sedang melakukan operasi khas.
Jurucakap Bahagian Penerangan Tentera, Made Sutia dipetik sebagai berkata, pesawat malang itu dilaporkan berlepas dari Desa Watutau, Daerah Lore Piore di Poso pada pukul 5.20 petang.
Katanya, ketika kejadian cuaca dilaporkan buruk dan setelah kira-kira 30 minit di angkasa, pesawat malang itu dikatakan disambar petir sebelum terhempas di kawasan perkebunan di Kasiguncu, Poso Pesisir Selatan, Poso.
Kesemua mangsa ditemui mati dalam helikopter jenis 412 EP yang terbakar itu.
Mayat-mayat dibawa ke hospital di Palu.
Bernama
Sun Mar 20 2016
Pesawat malang itu dilaporkan berlepas dari Desa Watutau, Daerah Lore Piore di Poso pada pukul 5.20 petang.
Hafiz Suip fokus jaga ibu terlantar sakit
Hafiz berkata pilihannya untuk menetap di Kuching adalah disebabkan mahu menjaga ibunya yang kini terlantar di hospital akibat masalah paru-paru berair.
Peniaga jual ikan selayang 20 sen bantu orang ramai
Wan Ahmad berkata jualan murah itu bertujuan membantu masyarakat terutama golongan kurang berkemampuan menjimatkan perbelanjaan dapur.
Pihak berkuasa Brazil siasat insiden letupan sebagai ancaman keganasan
Francisco Wanderley Luiz memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan ke arah Mahkamah Agung.
Sertai bidang TVET, pilihan tepat buat 'Mowgli' Malaysia
Muhammad Syukur yakin peluang keemasan dapat diperoleh dengan kemahiran TVET yang dimilikinya.
[KOLUMNIS] Palestin Merdeka: 36 tahun menanti kebebasan hakiki
Sebagai umat Islam, kita perlu bersatu dan memahami bahawa perjuangan kemerdekaan Palestin adalah perjuangan yang jelas dan nyata.
YouTube perkenal Jewels sebagai hadiah ketika penstriman langsung
Ciri ini dilihat sebagai cara untuk menarik perhatian pengkarya untuk melakukan penstriman langsung dengan kerap di YouTube bagi menjana pendapatan.
Kualiti udara di ibu negara India pada paras 'bahaya'
Kualiti udara di ibu negara India, New Delhi merosot ke paras merbahaya pada Khamis ketika kabus asap yang tebal menyelubungi negeri-negeri di utara.
Menurut Sistem Amaran Awal Kualiti Udara yang dikendalikan kerajaan untuk Delhi, Indeks Kualiti Udara (AQI) Delhi pada pagi Khamis mencatatkan bacaan 424.
Menurut Sistem Amaran Awal Kualiti Udara yang dikendalikan kerajaan untuk Delhi, Indeks Kualiti Udara (AQI) Delhi pada pagi Khamis mencatatkan bacaan 424.
MP New Zealand ganggu sidang Parlimen dengan tarian haka
Parlimen New Zealand digantung sebentar pada Khamis selepas Ahli Parlimen dari suku kaum Maori mempersembahkan tarian haka untuk mengganggu undian pada rang undang-undang yang dipertikaikan yang akan mentafsir semula perjanjian 184 tahun antara British dan Pribumi Maori.
Rusia jalin kerjasama dengan negara Arab redakan konflik
Rusia akan berkoordinasi dengan rakan kongsi Arab dan Islam untuk meredakan situasi di Timur Tengah.
Menurut Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova, beliau ketika mengulas sidang kemuncak bersama Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) baru-baru ini memberi tumpuan kepada konflik Palestin-Israel.
Menurut Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova, beliau ketika mengulas sidang kemuncak bersama Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) baru-baru ini memberi tumpuan kepada konflik Palestin-Israel.
ASEAN perlu manfaat sumber, capai kemapanan ekonomi - PM
Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada usaha pemusatan ASEAN sebagai satu pasaran tunggal seiring peranannya sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) tahun depan.
Helikopter tentera Indonesia terhempas disambar petir, 13 anggota terkorban
Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan ketika pesawat berkenaan sedang melakukan operasi khas.