Video iklan berdurasi tiga minit itu mendapat reaksi positif netizen.
Pengguna Twitter Morten Hoffmann menyifatkan video tersebut merupakan antidot terbaik untuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Jalan cerita iklan tersebut bermula dengan pembahagian pelbagai golongan manusia daripada pelbagai latar belakang.
"Memang mudah untuk meletakkan manusia dalam pelbagai kotak," mula dialog daripada iklan tersebut yang menggambarkan bagaimana individu-individu di dunia ini yang diklasifikasikan mengikut persepsi individu lain.
Produksi tersebut membahagikan individu terpilih mengikut pelbagai kategori, antaranya manusia yang mahu kita sisihkan, manusia yang hidup di bandar, manusia yang kita percaya, golongan imigran dan golongan yang telah lama bermastautin di negara itu,
Mereka dikejutkan dengan pelbagai soalan yang adakalanya bersifat peribadi, namun jawapannya menyatukan mereka daripada pelbagai kategori.
"Siapa pernah menjadi badut di sekolah mereka dahulu?" menerima ketawa sinis daripada individu terpilih.
Termasuk soalan seperti percaya kepada kehidupan selepas kematian dan yang pernah melihat UFO,
Apa pula reaksi mereka apabila soalan yang ditanya adalah pernahkah anda menjadi kaki buli di sekolah dahulu atau menjadi mangsa kaki buli di sekolah dahulu?
Kongsi pandangan dan perasaan anda setelah menonton video tersebut.