INDONESIA mendakwa negara itu bukan penyebab masalah jerebu menyelebungi Kuala Lumpur ketika ini.
Sebaliknya, kerajaan negara itu menegaskan, jerebu yang mencetus kebimbangan masyarakat di Malaysia datang dari Sarawak.
Dakwaan itu dibuat Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya yang tegas meminta kerajaan Malaysia agar bersikap objektif dan tidak hanya menuding jari pada negara itu.
"Ada informasi yang dia tidak buka. Sebetulnya asap yang masuk ke Malaysia, ke Kuala Lumpur itu dari Sarawak kemudian dari Semenanjung Malaya dan juga mungkin sebagian dari Kalimantan Barat. Seharusnya pemerintah Malaysia objektif menjelaskannya," kata Siti Nurbaya seperti dilaportkan portal berita Tempo.co.
Selain Malaysia, Siti Nurbaya juga mempersoalkan tindakan kerajaan Singapura yang turut mendakwa jerebu yang melanda negara itu berasal dari Riau.
Dakwaan Singapura itu, tegas Siti Nurbaya tidak benar kerana titip api di Riau sudah mula menurun.
"Tidak benar, ada (asap) dari Riau nyeberang ke Singapura. Titik api di Riau sudah turun. Kita punya 46 helikopter yang bekerja di lapangan," kata Siri Nurbaya mempertahankan negaranya.
Dalam masa sama, menteri berkenaan berkata, ketika ini masalah asap lintas negara (trans boundary haze) sudah tidak berlaku lagi.
"Puncak asap tertinggi terjadi pada 8 September pagi, tapi hanya terjadi satu jam kerana angin bergerak ke arah Barat Laut.
"Dari Kalimantan dan Sarawak, Kalimantan Barat, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Jadi jangan bilang hanya dari Indonesia," ujar beliau lagi.
Siti Nurbaya juga memaklumkan, laporan berhubung masalah jerebu itu sudah disampaikan kepada Presiden Joko Widodo, Menteri Politik dan Hukum, Wiranto serta agensi-agensi berkepentingan yang lain.
Sehubungan itu, Siti Nurbaya berkata, beliau akan menulis surat kepada Duta Besar Malaysia di Jakarta bagi memastikan gambaran yang sebetulnya disampaikan kepada kerajaan.
"Saya akan menulis surat kepada Duta Besar Malaysia di Jakarta untuk diteruskan kepada menterinya. Jadi, saya kira supaya yang betul datanya," kata Siti Nurbaya.
Astro Awani
Wed Sep 11 2019

Putrajaya tidak ketinggalan berhadapan dengan masalah jerebu. - Gambar BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Indonesia kata jerebu berasal dari Sarawak
Indonesia dakwa negara itu bukan penyebab masalah jerebu menyelebungi Kuala Lumpur ketika ini.